”Kecil-kecil cili padi” Ramai Yang kagum Melihat kanak-kanak ini tebar roti canai bantu keluarga beniaga..

Ibubapa digalakkan membentuk anak2 dari kecil kerana di masa itu minda kanak2 senang untuk menerima teguran atau nasihat dan belajar perkara baru.

Umpama pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah seperti kisah seorang kanak2 yang rajin menolong keluarganya berniaga di sebuah gerai roti canai tepi jalan itu..

Menerusi sebuah rakaman yang dikongsi di app TikTok oleh Zainy Hazmat, kelihatan seorang kanak2 sedang rajin membantu keluarganya menyediakan roti canai buat para pelanggan yang ramai.

Siapkan roti canai untuk customer

Dalam video itu, dia dilihat begitu mahir menguli doh serta menebar roti canai sebelum dimasak di atas kuali rata. Biarpun masih kecil, tak dapat dinafikan bahawa skil menebar roti canai dia memang power!

Hasil didikan ibu bapa
Menurut perakam video tersebut, dia turut memuji didikan ayah kanak-kanak itu yang telah berjaya membentuk keperibadaan seorang anak soleh sepertinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terharu melihat kerajinan serta kemahiran kanak-kanak terbabit.

Hebat kau dik, kecil2 dah pandai tolong keluarga

Sejuk perut ibu mengandung

Dah besar mesti jadi anak berguna

Semoga jadi anak yang soleh

Bagus biasakan anak2 dengan erti kehidupan

Anak itu diibaratkan seperti kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya sama ada baik atau buruk keperibadiannya kelak.

Sumber:OHMYMEDIA

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!