Pelvmba Malaysia Ini Terlma Pvjian L4ri Tvrun P3ntas Seb3lum ‘Party’ Minvman Keras B3rmula,

Pelmba motosikal  Syarifuddin Azman sudah memenangi perlumbaan pertama di Moto3 di Kejohanan FIM CEV Repsol 2021 yang diadakan di trek Catalunya, Sepanyol. Pelumba muda itu telah menamatkan saingan 16 pusingan dengan mencatat 29 minit dan 32.553 saat dan meninggalkan 2 pelumba Sepanyol sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Lbih menjadi perhatian orang ramai apabila kelihatan Syarifuddin mengelakkan diri daripada terlibat untuk meraikan kejayaan itu dengan minuman berarkohol setelah tamat menyanyikan lagu Negaraku.

Mengharumkan nama Malaysia

Memetik laporan Astro Awani, Syarifuddin memulakan perlumbaan di tangga ke-10 sebelum berada dalam kelompok hadapan dan dia mula mengatasi pelumba-pelumba lain dengan mendahului di selekoh ke-10 sehingga ke garisan penamat. Dia meninggalkan dua pelumba dari Sepanyol iaitu David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz. Kedua-dua pelumba Sepanyol itu hanya meraih di tempat kedua dan ketiga.

Susulan kejayaan yang diperolehi Syarifuddin ini telah berkumandang lagu Negaraku di bumi Barcelona.

Dipuji netizen
https://www.facebook.com/265b055f-7c78-463b-8f26-9d7dac31d38b

Bukan hanya menjuarai perlumbaan di peringkat dunia, malah, keperibadian dan tindakan Syarifuddin juga dipuji ramai netizen. Pelumba berusia 20 tahun itu kelihatan bertindak turun dari platform dan menuju ke belakang pentas setelah selesai menyanyikan lagu Negaraku.

Ini adalah kerana dia cuba untuk mengelak dari menyambut kemenangan dengan percikan minuman keras yang dilakukan oleh dua lagi pelumba dari Sepanyol.

Membanggakan nama negara

Sementara itu, meninjau di ruangan komen pada posting video tersebut yang dimuat naik melalui pages Facebook OK Info Orang Kita, rata-rata netizen memuji tindakan Syarifuddin yang masih menjaga nama negara dan keperibadian sebagai seorang Muslim.

Sumber: The Malaysia Reserve, Astro Awani, OK Info Orang Kita

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!