Tiada Ni4t Mem3rli Untvk Agama Islam, Tlga l3laki Mempersenda Azan Dan Ayat Al-Quran Tampil Memohon Maaf…

Baru2 ini, Viral sebuah rakaman yang memperlihatkan 3 orang lelaki telah mempersenda azan serta ayat suci al-Quran ketika sedang  makan di  kediaman mereka…

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu terbabit yang disifatkan sebagai tidak menghormati agama.

Sehubungan itu, menerusi perkongsian video di rancangan YouTube Seram Sejuk ketiga-tiga lelaki itu telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka

Mengaku salah, mohon maaf secara terbuka

https://youtube.com/watch?v=5yQYmNNLZ5c%2520title%3DYouTube%2520video%2520player%2520frameborder%3D0%2520allow%3Daccelerometer%3B%2520autoplay%3B%2520clipboard-write%3B%2520encrypted-media%3B%2520gyroscope%3B%2520picture-in-picture%2520allowfullscreen

Dalam video berkenaan, kesemuanya mengaku kesalahan dan berharap agar umat Islam di Malaysia memaafkan mereka.

Tambah salah seorang lelaki yang bernama Ruban, dia berasa kesal atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut.

Niat bergurau sahaja
Manakala salah seorang lelaki bernama Brandon Eng menjelaskan bahawa dirinya merupakan si perakam video itu.

“Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut. Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas ini,” jelasnya.
Baginya, dia hanya ingin bergurau atau main-main sahaja dan tidak tahu perkara itu merupakan sesuatu yang serius.

Dalam pada itu, lelaki yang memakai pelitup muka dikenali sebagai Ryan pula berkata ketika itu mereka sedang mengadakan ‘makan pedas challenge’.

“Saya tiada niat perli umat Islam. Dalam video itu saya tidak boleh menahan kepedasan apabila kami mengadakan “challenge” (makan pedas) lalu saya letak kedua-dua tangan di telinga dan pada masa itu kawan saya suruh saya mengulanginya,” kata Ryan.

Terdahulu, netizen telah mengecam tindakan ketiga-tiga lelaki itu dan berharap pihak polis mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka di bawah tuduhan menghina agama Islam.

Sumber:OHMYMEDIA

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!