Agong M4hu Sidang Parllmen Dibvat Secepat Mvngkin

Istana Negara hari ini mengeluarkan kenyataan berdasarkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menzahirkan pandangan bahawa sidang di parlimen melibatkan ahli2 parti politik perlu diadakan secepat yang mungkin.

Kerajaan perlu bertindak tegas

Menerusi kenyataan yang dikongsikan Istana Negara Baginda menzahirkan pandangan tersebut untuk membolehkan semua ahli politik membahaskan Ordinan2 Darurat & Pelan Pemulihan Negara, dimana waktu ini negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang memberi kesan terhadap ekonomi,rakyat serta negara.

Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80% dapat dicapai seawal yang mungkin.

Boleh bincang mengenai peruntukan

Sumber foto: Harian Metro

Sementara itu, Baginda menzahirkan pandangan mengenai perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan serta dapat memulihkan ekonomi negara secara efektif.

Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan Covid-19. Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Dalam pada itu, Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua barisan hadapan negara (frontliners) yang telah berbakti buat Malaysia.

Sumber:OHBULAN

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..

Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!