Berkvmpul sambut ‘HariJadi’ rakan, Lapan remaja Termasuk Wanita dikompaun RM5K seorang

Semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yg dilanjutkan di seluruh negara hingga 28 Jun ini, rakyat perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Antara tindakan yg dilarang ialah, berkumpul ramai2, mengadakan majlis keraian serta meretas negeri.

Wlauagaimanapun, masih ramai yg berdegil & sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan tersebut.

Berkumpul raikan sambutan hari lahir rakan
Memetik laporan Utusan Malaysia, semalam (15 Jun 2021) 8 remaja, termasuk dua wanita ditahan oleh pihak polis di sebuah rumah terletak di Taman Cempaka, Ipoh, Perak kerana berkumpul untuk meraikan sambutan hari lahir kawan.

Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 2.15 pagi itu, kesemua individu berusia antara 18 hingga 20 tahun tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM5k setiap seorang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, serbuan di rumah sewa itu dilakukan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat daripada orang ramai.

Tangkapan ke atas semua individu itu dibuat mengikut Seksyen 21(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) pindaan 2021 kerana berkumpul tanpa tujuan.

“Semasa pihak berkuasa sampai di lokasi serbuan, didapati kesemua mereka berada di dalam rumah berkenaan dan memaklumkan mahu menyambut hari lahir rakan.

“Susulan itu, pasukan task force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP,” katanya.

Ditahan kerana ‘berkhalwat’
Pada masa yang sama, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memaklumkan kesemua individu yang terlibat turut ditahan atas kesalahan berkhalwat

“6 orang lelaki dan 2 orang perempuan itu yang tiada hubungan mahram antara satu sama lain ditahan pihak JAIPk untuk disiasat di bawah seksyen 54 EJSPk 1992 kerana kesalahan khalwat,” maklum JAIPk.
Menurut pihak JAIPk, kesemua mereka didapati tidak mempunyai hubungan mahram antara satu sama lain. Sehubungan itu, mereka telah ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.

SUMBER:OHMYMEDIA

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!