Seorang Pemuda Meninggal Secara Tiba2, Pernah Tular Menceritakan Kisah ‘Family’ Positif Covid-19

Sejak mula tahun ini, banyak berita duka berkenaan pandemik Covid-19. Ada sahaja cerita dikongsikan berkenaan ahli keluarga yg dijangkitl wabak Covid sehingga sorang demi sorang dijemput dengan ambulans ke pusat kuarantin.

Pekara ini samalah seperti 1 perkongsian yang viral sekitar January lalu apabila seorang lelaki memaklumkan dari 7 orang ahli keluarganya, hanya tiga saja yang tersisa dirumah setelah 4 daripadanya disahkan POSITIF Covid-19.

Muat naik tersebut mendapat lebih daripada 35 ribu lebih perkongsian semula di Twitter dan benar-benar viral kerana salah seorang ahli keluarga meninggal dunia disebabkan pandemik ini.

[Kakak maklumkan adik dah meninggal]

Namun, siapa sangka, khabar duka untuk keluarga tersebut tidak terhenti disitu sahaja kerana pemuda yang memuat naik kisah mereka itu juga telah dijemput Ilahi pada pagi tadi.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri kakaknya menggunakan nama @ulttlemonron apabila memberitahu yang adiknya, Amirul Aqmal telah kembali kerahmatullah pagi tadi selepas mengadu sakit kepala dan sesak nafas secara tiba-tiba.


[Semalam sihat, harini sudah tiada]

Menurut kakak pemuda itu, mereka sekeluarga sangat terkejut kerana allahyarham berada dalam keadaan sihat dan menjalani hari-hari sebelum ini seperti biasa.Namun tidak menyangka bahawa dia akan pergi selamanya pagi tadi.

[Perasan terkejut & tak sangka]

Tambah wanita itu lagi, mereka sekeluarga sedaya upaya membantu memberikan bantuan kecemasan sebelum ambulans datang namun, allahyarham telah pun pergi buat selamanya di hadapan ahli keluarga.

Lebih menghibakan adalah barang yang dipesan menerusi alikasi beli-belah atas talian baru sahaja sampai dan belum lagi dibuka olehnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet serta rakan-rakannya telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Amirul Aqmal yang bersedih diatas pemergian pemuda itu.

Mereka juga terkejut mendengar khabar duka berkenaan selepas perkongsiannya berkenaan kehilangan ahli keluarga disebabkan Covid-19 tempoh hari masih segar diingati oleh warganet terutamanya pengguna Twitter.

Sumber:OHMYMEDIA

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!