Stadium Hungary Penuh Lebih 60k Penonton Tanpa Pelitup Muka & Penjarakan Fizikal, Malaysia Bila Lagi?

Tak dinafikan kita semua pasti merindui akan kehidupan yg ‘lalu’ tanpa perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, pandemik Covid-19 yang melanda dunia, Semua aktiviti yg pernah dilakukan selama ini menjadi terbatas.

Bahkan, langkah penjagaan yang rapi perlu dipraktikkan bagi mengelakkan seseorang itu daripada mndapat jangkitan Covid-19 yg boleh mengancam nyawa. Lebih menakutkan apabila, kes Covid-19 di negara kita telah mencapai hampir 700,000 kes dan 4069 kem4tian.

Stadium penuh dengan penonton

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah negara Hungary yang membenarkan lebih 60K penyokong datang ke stadium bagi memberi sokongan terhadap perlawanan antara Hungary dan Portugal menerusi kejohanan bola sepak EURO 2020.

Suasana di sana jauh berbeza dengan negara Malaysia, bahkan jika dapat dilihat penyokong yang hadir sama sekali tidak memakai mask mahupun mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter antara satu sama lain. Jika dilihat lagi kes harian terkini di sana adalah kurang daripada 300 kes. Menurut semakan statistik penduduk Hungary adalah sebanyak 9,634,164 dan negara tersebut telah mengagihkan sebanyak 9.42 juta dos vaksin dalam kalangan penduduk di sana.

Perlu ikut syarat

Bagaimanapun, menerusi laporan ISPO seseorang penonton itu perlu patuh akan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak stadium sebelum dibenarkan masuk bagi menonton perlawanan bola sepak. Penonton perlu menunjukkan bukti yang mereka sudah menerima vasksin dan jika seseorang itu datang dari luar negara, dia perlu menunjukkan keputusan ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) tidak melebihi 72 jam daripada perlawanan itu bermula.

Pada masa yang sama, seseorang itu perlu mematuhi beberapa SOP yang telah ditetapkan antaranya memakai pelitup muka semasa berada di dalam stadium, mengamalkan jarak fizikal 1.5 meter antara satu sama lain (tidak salam, peluk), kerap mencuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Tidak berakhir di situ, pihak ISPO turut memberikan peringatan kepada para penyokong yang mempunyai sebarang simptom Covid-19 untuk tidak datang ke stadium bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Difahamkan, stadium berkenaan merupakan stadium pertama yang memberikan kapasiti penuh kepada penyokongnya semenjak pandemik Covid-19.

Malaysia bila lagi?

SUMBER : OHBULAN

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!