PERNAH DITAWARKAN LEBIH DARI RM36k UNTUK SEEKOR AYAM TETAPI TIDAK MAHU MENJUALNYA, Pemilik INI BONGKAR ‘RAHSIA’

Kebiasanya ayam akan dijual sekitar 5-7 ringgit sekilo gram di Malaysia. Tetapi, ayam milik Firman ini pernah ditawar harga sehingga Rp130 juta Rupiah atau RM36,900 Ringgit Malaysia.

Apakah keistimewaan ayam milik pemuda Jawa Barat ini sehingga ditawar harga sebanyak itu?

Firman berkata, ayam miliknya bukan ayam tempatan yang biasa dipelihara seperti warga setempat. Ayam import ini dibeli ketika berumur 3 bulan untuk tujuan pemeliharaan.

Katanya, ayam yg diimport dari tanah besar Thailand itu asalnya dimiliki oleh seorang yang popular dengan namanya Mister Telek.

“Ayam ini merupakan sejenis Koyngon dan sekarang umur ayam tersebut sudah mencapai 1tahun 8bulan,” ujar Firman.

menurut firman, ayam peliharaannya memiliki karakter berbeza dengan ayam-ayam lain ketika berlaga.

“Saat berlaga, ayam ini rajin menggulung, pukul kanan kiri juga boleh. Untuk masalah perawatan, tentu sebanding dengan kualiti ayam lain seperti memberi vitamin dan jamu sebagai asas menu yg sihat ayam laga,” katanya.

Alasan Firman tidak melepaskan ayam itu meskipun ditawar harga tinggi kerana ia fokus kepada pemeliharaannya. Dia belum terfikir untuk mengambil keuntungan daripada penjualan ayam tersebut.

“Kami memang tidak mahu menjual ayam ini. Memang dari awal lagi fokusnya adalah untuk mengembang biakkan dan ayam ini sering dipasangkan untuk mendapat baka yang berkualiti juga,” ujarnya.

Selain ayam dari tanah besar Thailand, Firman mengaku di tempatnya, ayam yang dipelihara majoritinya baka import. Bahkan, ada ayam yang diimport dari Jerman.

“Untuk ayam yang berjenis Samo ini, kami beli induknya dari Jerman. Ayam ini berharga 16 juta Rupiah (sekitar 4.5 ribu ringgit) melalui pengimport di Bandung. Ketika itu, ayam tersebut berusia tiga bulan dan sekarang sudah masuk usia dewasa. Ayam ini telah menghasilkan keuntungan yang cukup besar juga,” katanya.

Firman menjual anak ayam baka Jerman yang berusia tiga bulan ini dengan harga 6 juta Rupiah (sekitar 1.6 ribu ringgit) seekor.

Mengenai pasaran, Firman berkata, pembeli berasal dari pelbagai kota dan daerah di Indonesia, bahkan ada juga dari luar negara.

“Mereka (pembeli) dari Sulawesi, Kalimantan dan majoritinya dari daerah Pulau Jawa. Namun, pernah ada juga pembeli dari Malaysia,” katanya.

SUMBER:TRIBUNNEWS,Siakapkeli
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!