AMIR AKVI PEND4PATAN TERJEJAS, AMIR R4JA L4WAK TIDAK SEGAN MENIAGA AIR DITEPI JALAN..

Kenapa nak malu berniaga di tepi jal-an kan? Rezeki yg halal haruslah dicari memandangkan waktu ini semua orang sedang ‘berjuang’ untuk meneruskan kehidupan masing2.

Menerusi Harian Metro, pelawak yg popular, dengan taglinenya  ‘Amirreka’, Amir Raja Lawak mengakui pendapatannya sebagai seorang artis agak terjejas. Namun, ia bukan penghalang untuknya mencari pendapatan lain untuk menyara keluarganya.

Setiap hari amir akan berniaga

Dia tanpa rasa segan mengakui berniaga air jagung sepenuh masa waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang.

“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30am hingga 6.30pm. Selepas itu saya pulang ke rumah, terus sambung membuat air lagi pada waktu malam.”
“Seawal jam 7am pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap untuk membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.” katanya.

Untung memadai buat tampung kehidupannya.
Walaupun untung daripada hasil berniaga air minuman tersebut tidaklah begitu besar, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi tetap bersyukur kerana dapat menampung belanja harian sepanjang PKP ini.

“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” menurut Amir lagi.

Dah ada pembeli setia air jagung amir ini

Amir juga meluahkan rasa terharu dengan orang ramai yang tetap menyokongnya. Menurut pelakon Man Transform ini, dia mempunyai pembeli setia yang sudah membeli air jagung buatannya sejak tahun 2017 lagi.
“Kadang2 ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.”
“Begitu juga pelanggan yg sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun lalu. Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya.

Akui pendapatan sebagai anak seni terjejas
Pelawak tersebut juga memaklumkan sepatutnya ada tiga drama yg harus diselesaikan namun disebabkan PKP ini, pengambaran terpaksa ditunda buat sementara waktu.

Jadi, dia mencari inisiatif dengan berniaga sepenuh masa air jagung dan beberapa lagi perisa minuman sebagai cara mencari pendapatan buat keluarga.

“Saya okay sahaja asalkan ada punca pendapatan yg cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.”
“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewahan,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph) , OHMYMEDIA.

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

tolong like dan share ye kawan2

follow skali>>>

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!