“Kerja Foodpanda, Grab Juga Terjamin Masa Depan”

Biasa kita dihantui dengan kerjaya bersama ekonomi gig seperti Foodpanda, Grab dan yang lain lain tidak memberikan sebarang jaminan masa depan lebih2 lagi dengan ekonomi yg tidak menentu waktu ini.

Namun melalui Plan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin , sekarang ini ada jaminan perlindungan jaringan keselamatan sosial para pekerja ekonomi gig.

Walhal menjadi rider ini boleh menjana pendapatan yg lumayan diwaktu pkp ini

Kerajaan mengumumkan geran padanan sehingga RM50 juta bagi platform ekonomi gig akan menggalakkan pekerja menyumbang dari segi caruman untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Geran padanan itu adalah untuk platform ekonomi gig seperti Foodpanda dan Grab yang membuat caruman pekerja mereka kepada Skim Bencana Pekerjaan PERKESO berjumlah sehingga RM162 dan skim i-Saraan KWSP sehingga RM250 setahun.

Turut diperkenalkan adalah e-dompet RM50 serta e-baucar dan kod promosi yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja dalam talian sekaligus merancakkan industri e-dagang yang disokong oleh pekerja ekonomi gig ini.

Sunber: ROTIKAYA

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!