[SEDIH] … USTAZ EBIT LEW SEDIH MELIH4T AIR MATA BAPANYA MENAHAN KSAKITAN, TERUS DOAKAN SEMUA DAPAT ZIARAH 0RANG TUA TERCINTA – “Berat ujian berjauhan mak ayah”

SETIAP manusia tak dapat lari dari pada ujian kehidupan, yg datang tanpa diduga.

Ujian yg datang juga tidak sama sekali, ada yg ditimpa dengan masalah kewangan & ada yg diuji dengan kesakitan.

Ahli keluarga dan insan tersayang yg sakit juga adalah ujian yg perlu dihadapinya.

Begitulah yg dihadapi oleh pendakwah terkenal ini, Ustaz Ebit Lew yg diduga dengan keadaan bapanya yg sakit terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan.

Tambahan pula seluruh negeri itu dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan wabak Covid-19 yg sangat ketara di kebanyakan tempat.

“Dah 4 hari di HUSM Kubang Kerian. Belajar banyak saat bersama dengan ayah tercinta. Ayah yg sepanjang hidupnya takkan mengerang kesakitan. Sakit macam mana pun sekali dia akan diam je.

“Tetapi apabila tengok air matanya menahan sakit, terasa sedih yang amat. Ya Allah sembuhkanlah ayahku. Saya ni kalau sakit memang tak tahan. Demam je dah teruk,” tulisnya di Facebook milik beliau.

Keadaan kesihatan bapa Ebit (kanan) merosot sejak 3 bulan yang lalu.

Ustaz Ebit Lew berkata bagaimanapun tidak menjelaskan penyakit yg dialami bapanya, Ibrahim Lew, namun beliau memberitahu kesihatan bapanya berusia 84 tahun itu merosot sejak tiga bulan yang lalu.

Menyedari dirinya sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab termasuk usahanya dalam membantu masyarakat yg memerlukan dan kurang bernasib baik

Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je
USTAZ EBIT LEW

Namun, Ebit mengakui ujian berat apabila berjauhan dan jarang meluangkan masa bersama ibu bapa masing-masing terutama dengan kekangan dan sekatan ketika pandemik ini.

“Selalu saya sibuk je. Kena PKP ini betul-betul berat ujiannya. Takutkan. Apalah erti dunia ini tanpa dapat menziarahi orang tua tercinta.

“Saya doakan Allah bantu semua dapat ziarah mak ayah masing-masing. Allah angkat segala sakit, ujian wabak dan segala halangan.

“Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je,” ujarnya.

Luahan Ebit di Facebook.

Beliau mendoakan agar ibu bapa masing-masing diberikan kekuatan dalam menempuh ujian selain menyeru masyarakat berbuat baik kepada keluarga dan insan yang memerlukan.

“Kuatkan seorang ayah, kuat seorang ibu. Tidur di sofa ini buat terfikir banyak perkara. Terasa benarlah dunia ini tiada harganya jika dibandingkan kesihatan orang kita sayang.

“Kerana itu gunakanlah wang ringgit harta untuk buat baik pada keluarga dan orang yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut berdoa agar bapanya yang kini dirawat di HUSM diberikan kesembuhan segera seperti sediakala.

“Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja saya lakukan saya hadiahkan buat ayah dan mak saya. Berilah kesembuhan buat ayah saya. Kuatkannya kembali,” katanya

SUMBER : MSTARONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!