“SIMPAN RESIT ELOK2 ..” BOLEH BUAT TUNTUTAN GANTI RUGI PERTUNANGAN JIKA PUTUS TUNANG – [PEGUAM]

Bertunang merupakan level perkenalan di antara 2 belah pihak dan proses untuk setiap pasangan mengenali hati dan budi dengan lebih dekat. Kebiasaannya, di dalam fasa darah manis, setiap pasangan pasti melakukan persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Selepas itu , setelah segala persiapan dilakukan dan hanya untuk menanti hari disatukan, ada hubungan yg terkandas sekerat jalan. Walau apa pun alasannya, putus tunang bukan boleh dianggap benda yang remeh. Tambahan pula, jika sudah mengeluarkan kos yg banyak untuk persiapan kahwin.

Perkongsian oleh peguam, Tuan Syafiq Bahtiar ini mungkin boleh dijadikan rujukan bagi mereka yg melalui situasi yg sama. Satu kes putus tunang yang dikendalikan oleh beliau, berjaya mendapat ganti rugi sebanyak RM24,000 ribu di mana wang tersebut perlu dibayar secara ansuran kepada bekas tunang.

Tuntutan Ganti rugi berrtunang – Mahkamah Rendah Syariah Ampang.
Kami tuntut RM25,000 ribu (catering, baju pengantin, hantaran dan lain2) Mahkamah benarkan RM24 ribu. Kira okay lah.

Defendan perlu bayar secara ansuran RM500/sebulan.

Moral of the story: Pertunangan is a contract. You breached, we summon and you pay.

Boleh jer settle luar tapi ego pihak2 adalah halangan kepada peguam

Mahkamah benarkan tuntutan ganti rugi putus tunang RM24 ribu atas sebab:

1. Resit deposit catering, sewa baju pengantin, deposit door gift & kad kahwin semua tersusun rapi.

2. Slip transaksi online transfer diterima pakai oleh Mahkamah walaupun tiada resit rasmi.

Jadi, simpan resit elok-elok.

SUMBER:SYAFIQ BAHTIAR [PEGUAM],Siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!