H0SPITAL PAK4R KAN4K-2 UKM TERlMA KEM4SUKAN PESAKIT C0VID-19 SEMALAM [BUAT PERTAMA KALINYA]

Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) sudah mula menerima pesakit COVID-19 pada hari semalam, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Katanya, pengambil milikan sementara itu di hospital tersebut dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 & 4, Ordinan Darurat 2021 bagi membantu kementerian tersebut meningkatkan kapasiti rawatan COVID-19 di sekitar Lembah Klang.

“Hospital ini juga menerima rujukan hanya dari Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu Wilayah Tengah yg berperanan mengkordinasi pergerakan dan penempatan pesakit COVID-19 di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Setakat pagi ini, terdapat 14 pesakit dengan gejala serius sudah dimasukkan ke hospital ini termasuk seorang di unit rawatan rapi (ICU),” kataya menerusi laman sosialnya di Twitter pagi ini.

Untuk rekod, HPKK UKM baru siap dibina baru2 ini dan kemasukan pesakit COVID-19 semalam adalah kali yg pertama hospital tersebut menerima pesakit.



Sumber: Twitter Dr. Noor Hisham,siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!