”IBAD4H K0RBAN AIDILADHA DIBEN4RKAN Dl PERLIS DENGAN PEMATUHAN S0P KETAT..

KANGAR, 19 June [Bernama] : Perlis membenarkan ibadah korban pada Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yg ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan sahaja.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semua masjid hanya dibenarkan untuk mengelola ibadah korban manakala pelaksanaan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) adalah tertakluk kepada keadaan penularan & perkembangan wabak semasa.

“Pelaksanaan ibadah korban (penyembelihan haiwan korban) hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan milik kerajaan dan swasta serta premis persendirian yg mendapat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs),” titah baginda menerusi satu kenyataan yg dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yg juga Yang Dipertua MAIPs bertitah mereka yg ingin mengelola ibadah korban hendaklah mengemukakan borang permohonan ibadah korban tahun 1442H/2021M negeri Perlis kepada Bahagian Dakwah dan Takmir JAIPs selewat-lewatnya tujuh hari daripada tarikh 10 Zulhijjah 1442H (20 Julai).

Titah baginda, pihak yg mengelola dan menghadiri pelaksanaan ibadah korban perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai langkah pencegahan dan aktiviti jamuan kenduri tidak dibenarkan.

“Sebagai langkah persediaan awal untuk solat Aidiladha di tanah lapang, pengurusan masjid adalah diminta untuk melaksanakan persiapan awal dan mengambil langkah-langkah proaktif,” titah baginda.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Syed Faizuddin bertitah MAIPs sedang mempertimbangkan kebenaran kepada mereka yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk menyertai solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan aktiviti-aktiviti lain di masjid.

SUMBER — BERNAMA ,siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!