SE0RANG WANITA MAVT SELEPAS KER3TA TERPER0S0K Dl BAWAH L0RI Dl,.. IPOH

IPOH, 19 June (Bernama) — Seorang wanita mavt selepas kereta Proton Persona yg dipandunya terperosok di bawah sebuah lori yg tiba2 masuk ke laluan bertentangan dalam satu kemalangan di hadapan sebuah restoran terkenal di Jalan Chemor-Jelapang di sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perak berkata mangsa Noor Aishah Mohd Tahir, 26, disahkan mavt oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira2 10.30 pagi tadi dan seramai tujuh anggota dari BBP Meru digegaskan ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian terdapat sebuah kereta yg berada di bawah lori ,yg mana seorang mangsa wanita berada di dalam kenderaan tersebut.

Tindakan awal yg diambil adalah membersihkan tumpahan minyak dan memotong punca eletrik yg berada di kawasan ini bagi memastikan operasi menyelamat berjalan dengan selamat. Kita mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa selama kira2 4 jam 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yg tersepit dan tamat sepenuhnya kira2 2.00 petang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, lori yg membawa muatan pelet makanan ayam dari arah Lebuhraya Ipoh-Lumut menghala ke Meru manakala kenderaan mangsa pula dari Sungai Siput menghala ke Batu Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan yg mengesahkan kemalangan meng0rbankan wanita itu berkata pihaknya telah menahan pemandu lori berusia 44 tahun dan akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya mayat mangsa akan dibedah siasat pagi esok di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Sumber: BERNAMA,siakapkeli
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!