C0VID-19: BUAT MAJLIS D0A SELAMAT CETUS KLUSTER Dl SANDAKAN

KOTA KINABALU, 20 June 2021 – Sebanyak 25 kes positif C0VID-19 dikesan setakat hari ini membabitkan Kluster Kg Nelayan Tengah, Sandakan yg dicetuskan melalui penganjuran majlis d0a selamat, kata Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi yg juga jurucakap kerajaan negeri mengenai C0VID-19 berkata kes indeks bagi Kluster Kg.Nelayan Tengah itu melibatkan se0rang wanita berusia 45 tahun yg dikesan positif di sebuah klinik swasta di Sandakan pada Rabu lepas (16 June 2021).

“Kes indeks mengalami gejala demam dan insomnia sejak 11 June 2021, saringan terhadap 45 kontak rapat mengesan 24 lagi kes positif manakala 21 masih menunggu keputusan sampel diambil,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam .

Beliau berkata 1 lagi kluster baharu direkodkan hari ini ialah Kluster Jalan Bundusan di Penampang melibatkan pekerja kilang memproses makanan dan sembilan kes positif telah dikesan.

Masidi berkata kes indeks pekerja lelaki kilang berusia 43 tahun itu tidak mempunyai sebarang gejala dan dikesan positif melalui ujian saringan bersasar di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Puri Warisan di sini, semalam.

“Berikutan kes indeks itu, majikan kilang tersebut melaksanakan ujian saringan di tempat kerja dan mengesan 8 lagi kes positif COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini ialah 163 menjadikan jumlah kumulatif 67,541 kes manakala jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 64,973 orang dengan kesembuhan 241 lagi pesakit hari ini.

SUMBER:BERNAMA,SIAKAPKELI
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!