UNCLE KENTANG B4NGGA DIGELAR ‘AYAH’ WALAVPUN BUKAN DARAH DAGING SENDIRI RAMAI ANAK ANGKAT,

Sentiasa melibatkan diri dalam  kebajikan sejak tahun lamanya, sebut saja nama Uncle Kentang pasti ramai yg mengenali lelaki yg berhati emas ini.

Niat baiknya bukanlah hanya sekadar menyalurkan bantuan semata2, sebaliknya dia turut menjalinkan ikatan silaturrahim dengan golongan yg dibantu.

Hari ini sempena sambutan Hari Bapa, Uncle Kentang berkongsi cerita anak2 angkatnya yg sudah dianggap seperti anak sendiri menerusi sebuah ‘posting’ di Facebook.

Walaupun bukan darah daging sendiri dan langsung tiada pertalian darah, namun ramai anak daripada keluarga yg dibantunya menggelarkan dirinya sebagai ‘ayah’ mereka.

Kisah Azizah, seorang kanak2 OKU ceria
Salah seorang anak angkatnya bernama Azizah. Dia bergelar seorang OKU kerana tidak boleh bercakap, mendengar dan tidak memiliki tangan dan kaki yg sempurna.

Azizah, tak boleh cakap, pekak dan tiada tangan atau kaki sempurna. Tetapi dia tetap mempunyai senyuman yg boleh membuat kegembiraan kepada kepenatan saya. Setiap kali Azizah jumpa saya, dia akan dakap saya rapat-rapat.
“Kita telah ubah hidup Azizah. Kita bantu. Zakat Bantu. JKM bantu. Kerana kita tahu Azizah adalah anak kita bukan anak orang lain. Azizah senyuman beliau membawa erti bermakna dalam hidup kita,” tulisnya berkongsi cerita.
Menurut pemilik nama Kuan Chee Heng itu, dia menegaskan bahawa Azizah merupakan satu peringatan agar orang ramai sedar akan tanggungjawab bersama dalam membantu orang yang susah dan memerlukan.

Kisah kanak2 bernama Manja, anggap Uncle Kentang ‘ayah’ sendiri
Selain itu, dia turut berkongsi kisah anak angkatnya yg bernama Manja yg sudah dibantu serta diberi perhatian sejak kanak2 itu berumur 4 tahun lagi.

Tambahnya lagi, Manja berasal dari sebuah keluarga yg susah dan hanya bergantung kepada pendapatan bapa yg bekerja sebagai seorang pemandu teksi.

Namun kehidupan mereka sekaligus berubah setelah ketua keluarga mereka itu meninggal dunia dipercayai disamun.

Selama ini kita melihat Manja membesar. Sehingga 1 hari tiba2 dia memohon kepada saya untuk memanggil saya ayah. Terkejut saya dan terus menjawab boleh kerana saya tahu Manja menganggap saya ayah.
“Kerana bila demam, dia akan rindu pada saya… bila nak jadi kadet polis, dia meminta kebenaran saya. Bila free, dia akan call untuk mendengar suara ayah. Manja, ayah akan menjagamu dan melindungi seperti anak sendiri,” tulisnya lagi.
Bukan Azizah dan Manja sahaja, malah aktivis itu turut menyatakan anak-anak kecil daripada golongan kurang berkemampuan secara automatik menjadi anak angkatnya.

Subhanallah, sungguh mulia hati insan bernama ‘Uncle Kentang’ ini. Patutlah ramai yang sayang.

Sumber: Facebook Uncle Kentang,OHMYMEDIA
PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!