[VIDE0] KASIH SE0RANG AYAH, SANGGUP BERJALAN JAUH DEMI BELI SELIPAR ANAK

Kasih seorang ayah membawa sampai ke syurga. Itulah gambaran yg sesuai untuk diberikan, kegigihan seorang bapa yg sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya tersenyum gembira. Begitu juga seperti kisah ayah ini yg sanggup berjalan jauh demi membeli selipar untuk anaknya yg tersayang.

Sanggup jalan jauh untuk beli selipar anak

Menerusi video yg dikongsikan oleh Anne di akaun tiktoknya, memaparkan 2 orang wanita melihat se0rang pak cik sedang mendukung anak perempuannya untuk pergi ke kedai.

Akibat terlalu kasihan melihat dua beranak ini, mereka menumpangkan pak cik dan anaknya ke kedai untuk membeli selipar. Tetapi malangnya selipar yang dicari tiada di kedai tersebut. Jelasnya lagi, selepas mengetahui rumah pak cik ini tiada bekalan makanan yg cukup, kedua2 wanita ini turut membantu membelikan beberapa keperluan dapur untuk kegunaan harian.

Saya belikan barangan asas. Adik minta beli makanan kucing. Dia ada bela kucing katanya. Ni je mampu sebab saya bukan orang kaya.

Kat kaunter ada jual buah potong. Ada buah tembikai. ‘Nak tembikai tu boleh? saya bayar sendiri’ kata adik.

Akhirnya jumpa selipar yg diinginkan

Mereka kemudian menuju ke kedai lain untuk mencari selipar kanak2 itu. Setelah selesai, mereka menghantar kedua beranak itu pulang ke rumah. Meskipun rumah tersebut serba kekurangan namun mereka masih bersyukur kerana mempunyai tempat berteduh.

Pak cik bisik dekat saya ‘pak cik nak sepasang boleh tak?’ Ambillah pak cik. Saya hadiahkan selipar yg tak seberapa ini untuk pak cik dan adik ya.

Gembira adik ni terus pakai. Pak cik pun sama. Rupanya selipar dia dah berlubang. Kenapalah saya tak tahu tadi sampai pak cik ni minta pada saya.. Allah.

Video penuh:

Sumber : annerich123,OHBULAN

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!