[VIRAL] TUJVH TAHVN R4SA B3NCI TERH4DAP SVAMI, W4NITA DED4H ‘T3RSIKSA’ D3NGAN SIHlR PEMlS4H

Walaupun kita hidup di zaman serba moden yg dilengkapi dengan teknologi-teknologi yg canggih, amalan sihir masih diamalkan segelintir masyarakat Melayu di negara ini.

Realitinya, ramai yg menjadi mangsa akibat ‘perbuatan iblis’ manusia ini, termasuklah pasangan suami isteri yg sering dihantar sihir pemisah akibat hasad dengki.

Menerusi perk0ngsian di TikTok, seorang wanita bernama Puan Syira Jamal berkongsikan cerita detik hitam dirinya disihir apabila perasaan benci terhadap suami membuak secara tiba2.

Tiba2 rasa benci sangat pada suami

Apa yang menghairankan, selama ini hubungannya dan suami semua baik2 saja dan tiada sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, keadaan menjadi lebih teruk apabila kesihatannya mula terjejas akibat serangan ilmu hitam tersebut sejak awal perkahwinan mereka.

Menurut Syira, setelah puas berubat dengan doktor, namun penyakitnya masih tidak sembuh. Berikutan itu, dia cuba menjalani rawatan secara tradisional sebagai ikhtiar untuk mengetahui punca sebenar penyakitnya.

Sejak itu, Syira mengetahui bahawa dirinya terkena sihir pemisah angkara buatan orang.

Syukur suami masih sayang dan setia
Syira mengakui berasa amat bersalah kerana tanpa sedar telah membenci suaminya sendiri tetapi dia tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang pasangan yang sabar dan setia.

Setelah 7 tahun perkahwinan mereka, ibu kepada 2 orang anak itu tetap bahagia memiliki suami yang sentiasa ada di sampingnya saat menjalani ujian tersebut.

Kongsi tanda-tanda sihir pemisah
Di samping itu dalam perkongsian lain, Syira turut berkongsi tanda-tanda yang dialaminya sewaktu disihir antaranya adalah mimpi benda aneh, tidak sihat tanpa sebab serta takut mendengar ayat al-Quran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita itu dan suaminya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama seperti dialami Syira.

Saya dah rasa 5 tahun, rahim saya diikat

Saya pun pernah kena

Saya baru berubat

Semoga sis sekeluarga dilindungi Allah

Moga sis kuat

Jahat betul manusia. Sanggup guna ilmu hitam semata-mata mahu menghancurkan kebahagiaan orang lain. Puncanya? Hasad dengki kerana sentiasa tidak mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT.

Sumber: Tik Tok Puan Syira Jamal,ohmymedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!