“TERKEJUT RASA NAK REBAH..”, IBU TERGAMAM, ANAK TERTELAN ‘CHARM’ EMAS DALAM PERUT

Kadang2 ada perkara yg terjadi dalam hidup kita berlaku tanpa disangka. Antaranya tragedi yg sering dialami oleh  ibu dan ayah adalah kes anak kecil mereka tertelan benda-benda asing.

Bagaimana yg terjadi kepada se0rang anak istimewa ini apabila ia tertelan sesuatu objek tanpa disengaja. Mungkin trauma dan ingin jadikan pengajaran buat, ibunya Amiza Rahmat telah berkongsi pengalaman cemasnya ini.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Ibu tergamam, anak istimewa tertelan ’emas’ dalam perut

Bismillahirrahmanirrahim. Mummy simpan sini sebagai pengajaran untuk mummy & mummy lain kat luar sana.

Semua tau yg Humaira Farisha is a special baby. Mummy bagi pakai kat tangan kiri sebab tangan kiri adik tak bergerak & selalu genggam je.

Ini salah satu ikhtiar mummy, sebab mummy pernah terbaca yg pakaikan emas boleh elak dari kerap sakit.

Harini sebelum mummy pergi kerja, adik okay dan banyak bebel. Mummy hantar adik pergi rumah nanny mcm biasa. Jam lebih kurang 9.10 pagi, nanny call mummy.

Suara nanny cemas dan panik sambil bagitau yg adik dah tertelan emas. Mummy pon dengar suara adik nangis masa nanny call. Allahu masa tu hati mummy macam nak gugur.

Mummy terus tinggalkan discussion dengan HR dan supervisor untuk balik tengok adik. Sampai rumah nanny bagitau adik dah muntah yg bulat tu tapi handbag tak jumpa.

So, mummy buat keputusan untuk bawa adik ke klinik untuk X-ray dan mintak nanny sambung cari dekat rumah.

Sampai dekat klinik, kita daftar dan jumpa doktor dulu. Doktor bagi surat untuk buat X-ray. Masa tunggu result X-ray mummy sentiasa doa semoga adik tak telan charms tu.

Apakan daya masa result X-ray keluar mummy terkejut rasa nak rebah tengok charms handbag tu dah dalam perut adik.
Mummy peluk adik erat2 sambil air mata mummy mengalir. Allah je tau masa tu hati mummy macam mana.

Lepas tengok result doktor klinik refer adik ke Hospital Selayang untuk jumpa pakar. Dalam perjalanan mummy pegang adik kuat-kuat sambil hati ni memberontak salahkan diri sendiri.

Sampai hospital doktor masukkan adik kat bahagian Kecemasan zon kuning. Alhamdulillah doktor kata charms tu dah masuk dalam perut bukan saluran penafasan.

Adik pon nampak ok je & doktor kata adik boleh discharge dengan bekalan ubat untuk keluarkan charms tu. Buat masa 4-5 hari mummy kena pantau adik.

Nampak macam takda pape tapi sangat bahaya kalau charms tu masuk dekat saluran pernafasan. So, ni pengajaran & situasi yang mummy takkan lupakan.

Semoga tak jadi lagi. Humaira Farisha kuat!

Sumber: Amiza Rahmat,SIAKAPKELI

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!