[VIDE0] BRBAU BVSUK DAN DlGEL4R ‘PENJ4RA SYAITAN’, DIK3NALI TELAGA BARH0UT, LUBANG YANG BESAR ‘MISTERI’ Dl TENGAH PADANG PASIR

Telaga Barhout (Well of Barhout), lubang misteri di timur Yaman ini dipercayai dikenali sebagai ‘penjara syaitan’  kerana bau busukNYA yang muncul dari kedalaman lubang tersebut.

Ia terletak di sebuah padang pasir di wilayah Al-Mahra yg berada sekitar 1,3k kilometer daripada ibu negara, Sanaaa.

Lubang misteri berkenaan dipercayai mempunyai kedalaman sekitar 100 hingga 250 meter, selain mempunyai kelebaran seluas 30 meter, tulis News.com.au.

Menurut portal ini, pegawai negara itu sendiri tidak mengetahui apakah yg terletak di dasar telaga berkenaan.

“Ia amat dalam. Kami tak pernah sampai ke dasar telaga kerana hanya ada sedikit oksigen serta tiada pengudaraan,” kata Salah Babhair, Ketua Pengarah Badan Tinjauan Geologi dan Sumber Mineral Mahra.

“Kami telah melawat kawasan itu dan memasuki telaga berkenaan sedalam 50 hingga 60 meter. Kami perasan perkara pelik di dalam. Kami juga hidu sesuatu yg pelik.. Ia situasi yg misteri,” tambahnya.

Hanya sedikit yg dapat dilihat daripada tebing telaga itu melainkan kumpulan burung2 yg terbang keluar masuk daripada kedalaman berikutan kekurangan cahaya matahari yg dapat menembus jauh ke dalam lubang berkenaan.

Videografer yg cuba merakam perigi itu daripada jarak dekat mendakwa ia hampir mustahil untuk dirakam.

Kata Babhair, Telaga Barhout itu dipercayai sudah berusia jutaan tahun dan memerlukan kajian lebih mendalam.

“Lokasi ini perlukan lebih kajian dan siasatan,” katanya seperti dipetik News.com.au.

Sementara itu, penduduk tempatan percaya, objek berdekatan telaga misteri itu boleh disedut ke dalam lubang ng dipercayai dihuni makhluk ghaib termasuk jin.


Sumber: News.com.au, South China Morning Post,siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!