BER0PERASI T4NPA LESEN, KIL4NG SANT4N Dl SEBER4NG PERAI TENG4H DlSERBU PIHAK BERKU4SA…..

Sebuah kilang memproses santan tanpa lesen di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah diserbu dalam operasi yg dilakukan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Majlis Bandaraya Seberang Perai, semalam.

Menerusi perkongsian Majlis Bandaraya Seberang Perai di Facebook, serbuan yg dibuat telah mendapati bahawa kilang tersebut beroperasi tanpa kebenaran serta gagal mematuhi pelbagai syarat pelesenan yg telah ditetapkan oleh MBSP.

Selepas itu, pemilik kilang tersebut telah diambil tindakan oleh MBSP dengan mengeluarkan satu Notis Menghentikan aktiviti memproses santan dalam tempoh tujuh hari, satu Notis Menghendaki Kacauganggu Dihapuskan mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan satu Kompaun menjalankan aktiviti proses santan tanpa Lesen.

Tidak cuma itu, satu kompaun juga dikenakan kerana tiga orang pekerja sambilan di situ tiada suntikan typhoid, satu kompaun di bawah Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu kesalahan pelepasan discaj terus ke parit awam atau sungai atau aliran dan satu kompaun di bawah Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan rumah atau tanah atau bangunan dalam keadaan kotor.

“Pemilik kilang ini diarahkan untuk menghentikan aktiviti tanpa kebenaran ini dengan segera dan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas selanjutnya boleh diambil sekiranya semua syarat Pelesenan yang telah ditetapkan dalam Notis yang diberikan tidak dipatuhi,” kata MBSP.

Sumber: Majlis Bandaraya Seberang Perai

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!