SER4MAI 13 JEMAAH DlK0MPAUN L4NGGAR S0P SOL4T JUMAAT Dl KUALA KEDAH,,..ALOR STAR

ALOR SETAR, 25 Jun 2021 Laporan dari (Bernama) — Seramai 13 individu yg menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Kedah dekat sini hari ini dik0mpaun keseluruhan berjumlah RM19,500 kerana melanggar prosedur 0perasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata bertindak atas maklumat awam, tiga pasukan pemantauan Op COVID-19 bersama satu pasukan daripada Kementerian Dalam Negeri telah ke lokasi berkenaan kira-kira 2 petang tadi dan mendapati 34 individu termasuk kanak-kanak berada di dalam masjid itu.

“Kita biarkan mereka selesai s0lat dahulu sebelum mengambil tindakan. Mereka menjaga jarak dan memakai pelitup muka semasa solat tetapi melanggar SOP berkaitan jumlah jemaah,” katanya kepada pemberita di sini.

Berdasarkan arahan pelaksanaan aktiviti keagamaan dalam tempoh PKP Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, hanya 13 individu terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa kariah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri itu.

Menurutnya daripada 34 jemaah itu, polis mengeluarkan kompaun terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Beliau berkata pihak masjid turut dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana gagal memastikan pematuhan SOP.


Menurut Ahmad Shukri beberapa lagi jemaah yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya, warga emas dan kanak-kanak tidak dikenakan kompaun kerana mempunyai alasan munasabah.

Dalam pada itu, beliau berkata masih ada masyarakat yang memberi alasan atau bersikap pura-pura tidak tahu mengenai SOP walaupun situasi pandemik COVID-19 sudah berlarutan agak lama di negara ini.

SUMBER;BERNAMA,SIAKAPKELI

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!