PEM4JU DARI CHIN4 C1PTA SEJ4RAH, MEMBINA PANGSAPURI 1O TlNGKAT D4LAM MASA 28 J4M

Sebuah pemaju berpangkalan di China telah mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan projek pangsapuri 10 tingkat dalam masa 28 jam 45 minit sahaja.

Menurut laporan Republic World, dalam tempoh 1 hari lebih pemaju itu berjaya menyiapkan projek pembangunan ini.

Syarikat daripada China itu dikatakan menggunakan unit modular bersama-sama yg dikenali sebagai Living Building System.

Rakaman menunjukkan keseluruhan pembinaan struktur yg dibina pantas itu dikongsikan di saluran YouTube pemaju pada 13 Jun 2021 yg berdurasi hampir 5 minit.

Menerusi reka bentuk modular pasang siap, Broad Group mendapat membina bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam 28 jam 45 minit.

Perkongsian Broad Group di YouTube juga menyatakan pembinaan membabitkan ukuran kontena standard, pengangkutan murah di seluruh dunia dan pemasangan dilakukan di lokasi.

Pemaju yg berpusat di Changsha itu membuat orang ramai terpinga2 macammana mereka boleh menyiapkan pembinaan itu dalam jangka masa yang pendek.

Sebenarnya, ia dibantu teknologi sistem pembinaan pasang siap dengan kaedah memasang unit modular serba lengkap yang dibina terlebih dahulu di kilang.

Sebuah laporan oleh New Atlas bertarikh 16 Jun mendedahkan bangunan pasang siap dirancang untuk ‘disatukan’ dalam tempoh yang cepat.

Modul bangunan yang besar terlebih dahulu dibina di kilang Broad Group sebelum dibawa ke tapak bangunan menggunakan trak dan disusun mengikut pelan yang tersedia.

Info yg paling menarik mengenai system ini ialah setiap modul bangunan mempunyai dimensi yg sama dan ia menjadikannya mudah alih.

Syarikat itu mendakwa menggunakan kepingan keluli untuk elemen struktur yg 10 kali lebih ringan dan 100 kali lebih kuat daripada kepingan konvensional yang biasa digunakan.

Syarikat Broad Group ini terkenal dengan keupayaan mereka untuk menyiapkan projek pembangunan dengan jangka masa dua kali ganda lebih cepat.

Untuk info, pada tahun 2015, syarikat ini telah membuat pembinaan menara setinggi 57 tingkat menggunakan Living Building System yang siap dalam tempoh hanya 19 hari.

Kredit : HarianMetro,OHMYMDIA

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!