COVID-19: ANGKA KEMATIAN & JANGKITAN DI ASEAN MELONJAK

BANGKOK: Rantau ASEAN semalam mencatatkan angka harian tertinggi bagi kematian berkait wabak COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan, walaupun bilangan jangkitan baharu menurun sedikit.

Berdasarkan data terkumpul, sebanyak 689 korban baharu dilaporkan di rantau ini, meningkat berbanding 604 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun, angka jangkitan baharu menurun kepada 37,037, semalam, berbanding 38,320, kelmarin.

The Nation, Thailand, hari ini melaporkan jumlah kes COVID-19 di ASEAN kini melepasi 4.69 juta dengan 91,051 kematian.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Malaysia beli 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech
Satu dos vaksin COVID-19 mencukupi – Pakar Kanada
AS lulus lanjutan jangka hayat vaksin COVID-19 J&J
Penerima dua dos vaksin Pfizer tunjuk antibodi tinggi
Dalam pada itu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Filipina meluluskan penggunaan kecemasan vaksin tidak aktif, Covaxin daripada India.

Ia merupakan vaksin COVID-19 yang kelapan dibenar digunakan di negara itu selepas Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, Sinopharm, Sputnik V, Moderna dan Johnson & Johnson.

Setakat ini, Covaxin belum diluluskan dalam senarai penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kerajaan Singapura pula bakal membenarkan penduduk tetap serta pemegang visa kerja jangka panjang, untuk mendaftar sebagai penerima vaksin, mulai 2 Julai ini.

Pada 11 Jun lalu, kerajaan itu telah membenarkan golongan berumur 12 hingga 39 tahun untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Pfizer yang diluluskan bagi kanak-kanak dari usia 12 tahun pada Mei.

Daripada keseluruhan 5.8 juta penduduk Singapura, kira-kira 3 juta orang sudahpun menerima suntikan dos pertama, manakala kira-kira 2 juta pula selesai dos kedua. – AGENSI

SUMBER:BERITAHARIA.

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!