FARADHIYA PILIH PENYANYI K0REA ?

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon sensasi, Farahdhiya, 37, memilih untuk berkolaborasi dengan artis kelahiran Korea, DL menerusi single terbaharu berjudul Tewas.

Wanita kelahiran Sarzana, Itali itu berkata, dia memang menantikan kehadiran single baharu. Kali terakhir merakamkan single Tegar yang juga lagu runut bunyi drama Dendam Cinta Arissa, tahun lalu.

“Apa yg unik mengenai single Tewas ini adalah liriknya mempunyai tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea. Bagaimanapun, rakaman dibuat secara berasingan.

“Memandangkan bahasa Korea agak asing buat saya, saya perlu memastikan sebutan yang betul. Untuk itu, saya berguru dengan DL sebelum rakaman menerusi panggilan video.

“Alhamdulillah, rakaman berjalan lancar dan kami masih menunggu waktu yang sesuai untuk melancarkan single Tewas ini,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi bagaimana tercetusnya kolaborasi, penyanyi yg pernah popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati itu berkata, segala urusan dibuat oleh syarikat label, COF Music yang menerbitkan single Tewas.

“Saya dan DL belum pernah bertemu, memandangkan rakaman dibuat secara berasingan. Saya dimaklumkan, DL menetap di Kuala Lumpur berikutan bapanya bertugas di sini.

“Saya terima tawaran ini kerana tertarik dengan melodi lagu yang agak berbeza dengan genre saya sebelum ini. Selain berentak rancak, ia juga mempunyai elemen Timur Tengah.

“Mengikut perancangan, COF Music mahu membawa single Tewas ke pasaran Korea. Ia tentunya sesuatu yang baik untuk perkembangan kerjaya nyanyian,” ujarnya.

SUMBER:BERITAHARIAN

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!