[V1DE0] B4RU SIH4T KEC3DER4AN P4NJ4NG, MARC MARQUEZ TERLIB4T DENGAN K3MALANG4N LAGI, MELAMBUNG TINGGI KE UDARA DAN TERJATUH ATAS LITAR SEMALAM

Juara dunia MotoGP sebanyak 6 kali, Marc Marquez tercampak dari jenteranya dalam 1 kemalangan di peringkat awal sesi latihan bebas di litar Assen, Belanda semalam.

Menurut portal motorsport.com, Marquez bernasib baik kerana dilaporkan tidak mengalami kecederaan yg serius susulan daripada insiden tersebut.

Pelumba Honda itu menggesa supaya pasukannya mencari solusi dan memperbetulkan masalah yg membabitkan elektronik jenteranya itu kerana dia merasa bahawa “hanya penunggang Honda sahaja yg mempunyai masalah itu” – memetik insiden serupa yg terjadi kepada Pol Espargaro dan Alex Marquez di Portugal, serta kemalangan di mana lengannya patah yang hampir memusnahkan kariernya di Jerez tahun lalu.

“Pada awalnya, pertama kali saya berasa cukup bertuah kerana terselamat daripada kem4langan itu dengan baik2 sahaja,” kata Marquez ketika ditanya oleh Motorsport.com mengenai kejadian itu.

“Benar, di sini di Assen saya berasa lebih baik daripada yg saya harapkan dan dalam FP1 saya menunggang dalam mod yg bersahaja.

“Pada FP2 saya memutuskan untuk menunggang dengan bersungguh2, dan saya pun menunggang dengan sangat baik.

“Memang betul saya terlampau push di beberapa di bahagian litar itu, tetapi secara khususnya pada sudut itu di selekoh tersebut, saya tidak melampaui batas, ianya kerana ada penunggang lain di depan saya & saya melakukan perkara yang sama seperti apa yang dia lakukan atau lebih perlahan.

“Tetapi saya sudah banyak push HRC. Kita tidak boleh mengalami kemalangan seperti ini lagi.

“Memang benar bahawa di sudut seperti itu, kita tidak boleh mengharapkan elektronik, tetapi elektronik perlu ada untuk menghentikan kemalangan seperti ini dan masalahnya hanya penunggang Honda sahaja yang mempunyai masalah seperti ini.

“Kita memerlukan sesuatu yang lebih selamat kerana jika tidak, mustahil untuk memiliki keyakinan dan kembali menjadi nombor 1 semula,” katanya.

Sumber: Motorsport.com,siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!