“Bomba polis semua datang”- ‘Mayat’ Terapung Atas Air, Rupanya Hanyalah

Rakyat Jepun memang dikenali dengan sikap mereka yg amanah dan prihatin. Kalau kita tertinggal dompet atau barangan berharga ketika menaiki pengangkutan awam, mesti barang2 tu boleh dijumpai semula sebab tak ada sesiapa pun yg nak curi benda2 ni.

Baru2 ini pula, tular di media sosial negara Jepun apabila orang awam yg melalui kawasan Hachinohe Bay mendakwa ada wanita yg lemas lepas ternampak sekujur tubuh terapung di atas air.

Menurut Sora News24, individu yg dah salah sangka kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan bomba untuk datang menyelamatkan ‘mangsa’.

Namun, semua yg ada di tempat kejadian tu terkejut bila semua pihak penyelamat dah sampai dan tubuh wanita itu berjaya dibawa naik sebab rupa-rupanya itu bukanlah manusia sebaliknya hanyalah sebuah Love Doll (sejenis patung s3ks).

Ketika kejadian itu berlaku, orang awam yang dikenali sebagai Tanaka Natsuki yang kebetulan berada di tempat kejadian sempat mengambil gambar kejadian yang pada mulanya menggemparkan pengunjung kawasan itu.

Ramai yang berpendapat salah faham itu mungkin berlaku sebab patung itu terapung dalam keadaan terbalik so, tak pelik lah kalau individu yang call polis dan bomba tu salah sangka dan nampak patung tu macam manusia yang lemas.

Selain itu, ada juga netizen lain yang kata sebab ni lah kita tak boleh buang sampah atau barang sesuka hati ke dalam sumber air.

Sumber: Sora News24, Twitter @nachangagaga, Twitter @VoW_wheeeeeeeee,lobak merah

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!