‘SAMPAI TOKONG CINA PUN TIDAK B0LEH BERTAHAN DENGAN C0VID DAN PKP INI’ – Michael Ang

Semasa pandemik C0VID-19 telah menyebabkan ramai individu yang terjejas. Mana taknya, ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang ‘direhatkan’ sementara waktu sehingga tempoh tertentu. Keadaan tersebut sudah pasti menyebabkan golongan berkenaan tertekan.

Di Instagram, Michael Ang berkongsi 1 gambar mengenai sebuah tokong cina yang dipercayai akan dijual berikutan pandemik yang sedang berlaku ini.

Keadaan memang sangat parah

Salam semua. Just have to post this. Ini kat Melaka! Brother I mesej i with this foto tanya sama ada kita nak beli tak for investment. Tapi I cannot stop laughing sampai menangis. Sampai tokong cina pun tak boleh bertahan dah dengan Covid dan PKP ni. Untuk anda yang tak tahu tokong cina survive dengan duit hasil jualan kertas dan colok yang orang pergi ke tokong tu untuk sembahyang.

Menurut Michael Ang, dia telah menerima satu kiriman mesej daripada abangnya berhubung sebuah tokong Cina yang bakal dijual di Melaka. Tambah pengarah dan pelakon tersebut, tempat beribadat seperti tokong ini tidak mampu bertahan dek kerana pandemik yang melanda dunia. Jelas Michael Ang lagi, sebuah tokong mampu bertahan sekiranya mereka mempunyai hasil jualan kertas dan colok.

Okay ini adalah satu petunjuk yang keadaan memang parah! Sabar la semua ya! Luv u all n be safe! By the way perkataan poopi poopi tu bermaksud berdoa la.

Semoga semuanya kembali pulih


Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat perkongsian Michael Ang dan berharap keadaan akan kembali pulih semula. Terdahulu, Michael Ang telah memberi RM500 kepada sepuluh orang yang bertuah dan melaksanakan ‘self lockdown’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sumber: Michael Ang

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!