Tertuk4r ketika bayi, pasangan kembar baru tahu lepas 20 tahun dilahirkan

Cerita ‘Puteri Yg Tertukar’ bukanlah sekadar drama sinetron yg pernah kita t0nt0n di k4ca televisyen. Siapa sangka hal tersebut juga berlaku di dalam negara apabila pasangan kembar tertukar d3ngan se0rang bayi kira2 20 t4hun l4lu.

Menerusi Bernama, insiden tersebut berlaku kira2 20 t4hun yang lalu disebabkan kecuaian petugas kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, (HUSM), Kubang Keri4n.

Hal tersebut hanya dis3dari selepas Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahvn lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Sedar ada gadis waj4h seiras ketika di tingkatan 4
Menurut Adryani Iwani, hal tersebut terbongkar bermula ketika dia pergi ke kem motvasi semasa di tingkatan 4 apabila bertemu dengan pelajar dari sekolah lain yang m3maklumkan mempunyai wajah seiras dengan rakan mereka, Noratirah.

“Saya kemudi4n m3minta g4mbar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram (IG) Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan s4ya.”
“Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggilan untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa,” katanya kepada sumber

Tarikh lahir pun sama
Namun, pada tahun 2019, mereka telah bertemu secara tidak sengaja ketika pergi ke Karnival Jom Masuk U, dan di sana masing-masing hanya memandang sesama sendiri kerana terkejut memandangkan wajah mereka benar-benar sama.
Lebih mengejutkan apabila tarikh lahir mereka juga sama selepas rakan mereka menghantar gambar sambutan hari lahir Noratirah pada ulang tahun kelahirannya.
“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.

Berhubung melalui IG & setuju buat ujian DNA
Tak lama selepas itu, Noratirah telah menghubungi Adryani Iwani menerusi Instagram dan bermulalah perbincangan mereka untuk membuat ujian DNA.

Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah membabitkan dirinya, ibunya,Siti Aminah Ismail,66, Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.

“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.”
“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah,” ujarnya.

Kecuaian petugas kesihatan
Kakak kepada pasangan kembar ini, Ayu Haryani, 42 memaklumkan yang pada awalnya ibu mereka amat terkejut dan tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga terduduk, namun segalanya sudah seperti biasa semula.

Tambahnya lagi, ibu mereka tidak mengesyaki apa-apa memadangkan ketika bayi, kedua-dua bayi diletakan tag nama ibu ‘Siti Aminah Ismail’ dan tidak menyangka bahawa bayi telah tertukar.

Ayu Haryani juga memberitahu berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi).

Tetap anggap Adryana Iwani sebagai ahli keluarga
Walau bagaimanapun, mereka tetap menganggap Adryana Iwani sebagai ahli keluarga mereka dan memintanya untuk terus tinggal bersama keluarga.

“Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui,” katanya.

Manakala, Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama ‘ayahnya’ juga telah tinggal dengan mereka sejak Januari lalu.

Mereka juga bercadang ingin mengambil tindakan undang-undang diatas kecuaian yang berlaku dan dalam proses melantik peguam untuk menguruskan perkara ini.

Sumber: Bernama (Mohd Afiq Zulkifli), Facebook Adryani Iwani, kredit foto Bernama

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!