[VIDEO] “Takde Apa2 Pun,” P4k Nil Cucuk Vaksin Di Usia 59 Tahun Pelik Badan Rasa Lagi Kuat

Pejam celik pejam celik, sudah hampir menuju ke fasa empat program vaksinasi COVID-19 di negara ini dijalankan. Bagi yang belum mendapatkan suntikan vaksin ini, diharapkan bersabar kerana turn korang pasti akan tiba juga tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pasti ada sesetengah di antara korang yang bimbang mengenai kesan sampingan apabila menyuntik vaksin kan? Tidak perlu risau sebab reaksi tubuh badan setiap orang adalah berbeza, ada orang yang langsung tidak mengalami kesan sampingan tersebut.

Salah seorang darinya adalah selebriti terkenal tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi yang telah mendapatkan suntikan vaksin pertamanya baru-baru ini.

Merakam sendiri proses vaksinasi tersebut yang berlangsung di Pusat Penerimaan Vaksin, World Trade Centre, Kuala Lumpur, selebriti berusia 59 tahun yang lebih mesra dipanggil Pak Nil itu teruja kerana telah berjaya mendapatkan suntikan vaksin.

Beberapa hari selepas menerima suntikan itu, Pak Nil mengatakan bahawa dia tidak mengalami sebarang gejala atau kesan sampingan seperti yang dialami oleh orang lain. Ia merupakan nikmat yang seharusnya disyukuri.

“Takut juga, rasa macam-macam tapi takde apa pun. Dah lepas 24 jam tu Pak Nil tak rasa ada apa-apa masalah pun.
“Muntah, demam, pening dan penat semua takde, Alhamdulillah,” katanya.

Jadi rakyat yang bertanggungjawab
Pun begitu, Pak Nil juga tetap meluahkan kerisauan mengenai bahaya jangkitan COVID-19 pada ketika ini dan menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengambil langkah melindungi diri dari jangkitan virus tersebut.

“Sebolehnya Pak Nil ingin pastikan diri dan orang sekeliling mendapat perlindungan yang terbaik, justeru kita perlulah menjadi rakyat yang bertanggungjawab bagi membantu negara bebas daripada wabak yang telah banyak membawa kematian di seluruh dunia ini,” katanya.

Menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat
Walau bagaimanapun, apabila mendapat suntikan vaksin, ia bukan ‘tiket’ untuk kita tidak menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Pak Nil sendiri mengatakan bahawa dia mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, aktif bersenam dan kerap mengambil vitamin C dan D.

Seorang doktor perubatan, Dr Syid, juga mengatakan bahawa keadaan kesihatan Pak Nil yang bagus di usia ini mungkin disebabkan oleh rutin hariannya itu. Ia juga mungkin menjadi ‘benteng’ agar tidak terkesan dengan kesan sampingan vaksin tersebut.

Tetapi, apa yang pasti adalah kerjaya sebagai seorang selebriti yang sering bertemu anggota masyarakat memerlukan Pak Nil menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya untuk melindungi diri daripada sebarang jangkitan penyakit terutamanya di musim pandemik ini.

Menurut Pak Nil, dia sangat berhati-hati dalam pemakanan dan pemilihan sebarang produk sokongan yang diambil agar sesuai dengan keperluan seharian. Disebabkan itu juga, dengan mendapatkan pandangan daripada doktor perubatan, nutritionist dan dietitian, Pak Nil memilih Eskayvie Diffenz sebagai produk sokongannya.

Istimewanya produk itu adalah ia mengandungi vitamin C dan D beserta ramuan khazanah antarabangsa iaitu cendawan susu harimau dan buah camu-camu. Bagi yang tidak tahu, banyak kajian yang mendapati bahawa cendawan susu harimau dan buah camu-camu ini membantu menguatkan paru-paru dan menyokong sistem imun badan.

Justeru, Pak Nil turut mengajak masyarakat untuk sama-sama menjaga kesihatan dan mengamalkan pengambilan vitamin C dan D yang mencukupi terutamanya bagi mereka yang sedang bersiap sedia menanti giliran penerimaan vaksin.

InsyaAllah dengan persediaan awal, kita dapat mengurangkan risiko mendapat kesan sampingan selepas mendapat vaksin. Bukan itu saja, penjagaan kesihatan yang baik juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan seterusnya dapat membantu melahirkan masyarakat yang lebih sihat bagi menangani wabak yang boleh membawa maut ini.

Dengar cerita Pak Nil nak bagi Diffenz kepada orang ramai. Dia betul-betul teruja dengan kebaikan Diffenz sampai nak belanja 1000 boxes kepada followers dia.

Jadi jom ramai-ramai ikuti Instagram Pak Nil untuk tahu macam mana caranya dapatkan Diffenz ini.

#kitajagakita
#LindungiDiriLindungiKeluarga

https://youtube.com/watch?v=CrSCMItuLTg%2520title%3DYouTube%2520video%2520player%2520frameborder%3D0%2520allow%3Daccelerometer%3B%2520autoplay%3B%2520clipboard-write%3B%2520encrypted-media%3B%2520gyroscope%3B%2520picture-in-picture%2520allowfullscreen

SUMBER:Siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!