BERIT4 B4IK ! PERDANA MENTERI UMUM MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK SEMUA!!!!

KERAJAAN bersetuju memberikan moratorium secara automatik selama enam bulan di bawah Pakej Pemulihan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin petang.

“Sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik,” katanya.

Tambahnya, kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

“Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini.

“Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain,” katanya.

Tags/Kata Kunci:
moratorium, Fasa 1, PPN, Pemulih, moratorium automatik

sumber : berita baik,lobak merah

PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Sebagai pemilik laman web ini.kami berhak untuk mengolah atau memadam mana-mana komen yg meninggalkan kesan buruk,komen yang berunsur spam,berunsur lucah,komen yang menganggu sensitiviti perkauman dan berunsur politik yang mengundang kemarahan hati pembaca.
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!