BERK4T US4HA DUA T4HUN BERNI4GA, WANITA MENANGIS BERJAYA LANGSAIKAN HUTANG PTPTN

Bagi sesetengah pelajar yg lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang membuat Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) pasti merasai peritnya untuk membayar segala hutang yang harus dilangsaikan secara ansuran lebih2 lagi jika belum mulai bekerja.

Mana tidaknya, dengan gaji sebagai fresh graduate yang tidak seberapa dan komitmen hidup yang tinggi ketika ini, pasti ramai yang mengeluh tiap-tiap bulan apabila perlu membayar ansuran PTPTN.

Berkat berniaga selama dua tahun
Namun, jika mampu untuk membayarnya secara lump sum, sudah tentu hal tersebut menjadi kepuasan yang tak terhingga oleh para lepasan IPT.

Perkara ini dirasai sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @iera_akmal apabila berjaya membayar ‘selepuk’ pinjaman PTPN miliknya selepas 2 tahun menjalankan perniagaan atas talian.

Langsaikan semua RM14,000 hutang belajar
Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan menangis sebak apabila berjaya membayar hutang yang berjumlah RM14,000 hanya selepas 2 tahun berniaga.

Menurutnya lagi, momen berkenaan adalah antara kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang berniaga dan menjadi penguat semangat untuk dirinya sendiri.

Seronoknya! Tahniah awak
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh @iera_akmal ini, ramai yang meninggalkan komen dengan mengakui perasaan sama andai dapat menyelesaikan pembayaran hutang, tidak kiralah sama ada pinjaman belajar atau sebagainya.

Ada juga diantara mereka yang berharap agar mereka juga dapat membayar secara lump sum seperti wanita itu andai mempunyai rezeki yang banyak suatu hari nanti.

Tak sabar nak selesaikan hutang jugak

Berkat kerja keras

Kena ejek rakan2 sebab berjimat nak bayar PTPTN

Memang best perasaan time tu

Doakan saya juga tau

Sumber: TikTok @iera_akmal

PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Sebagai pemilik laman web ini.kami berhak untuk mengolah atau memadam mana-mana komen yg meninggalkan kesan buruk,komen yang berunsur spam,berunsur lucah,komen yang menganggu sensitiviti perkauman dan berunsur politik yang mengundang kemarahan hati pembaca.
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!