Demi Menyara Kehidupan, Dua Beranak Sanggup Cari Kotak Di Tempat Sampah Sampai Malam

Seorang pengguna laman sosial Facebook, dikenali sebagai Mohamad Firdaus, berk0ngsi sekeping gambar yang cukup membuat warganet berasa sedih dan pilu melihat seorang lelaki bersama anaknya mencari kotak di tempat pembuangan sampah.

Pada mulanya enggan mengambil wang yang diberikan

Sekadar gambar hiasan

Dia bersama anaknya sanggup mencari kotak2 sehingga tengah malam untuk mencari sesuap nasi. Firdaus mengatakan bahawa dia terserempak dengan kedua-dua ayah dan anak itu pada pukul 8 malam di Taman Suria, Jitra, Kedah.

Saya berhenti dan menyapa, dah makan ke bang? Dia jawab dah makan, cari kotak untuk jual esok. Saya tanya anak berapa orang bang. dia jawab lima. Saya hulurkan duit, dia jawab tak nak.

Walau bagaimanapun, pada mulanya lelaki berkenaan enggan mengambil duit yang diberikan kerana risau dengan pandangan orang lain terhadap dirinya, namun anaknya mengambil wang tersebut. Bapa kepada lima anak itu hanya mampu bergenang air mata sebagai tanda bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu berasa sebak melihat dua beranak itu yang sanggup mencari kotak ketika jalan di kawasan sunyi itu kerana tiada orang yang keluar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mungkin depan berlapar tak makan lagi. Siapa tahu. Kita mungkin kenyang. Tapi PKP kita kena ingat ada insan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang ada yang susah dan gaji hari je.

‘Semoga mereka sekeluarga dipermudahkan urusan’


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan lelaki berkenaan bersama anaknya itu mencari kotak di tepi tong sampah. Malah ada juga di antara mereka mendoakan agar keluarga itu dimurahkan rezeki.

Sumber : Firdaus Legacy,ohbulan

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!