‘H4nya Makan Nasi Goreng Kosong…’ – Suami Cabut Rumput Guna ‘Tangan’ Demi Sara Keluarga

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan sebuah keluarga yang hidup serba kekurangan. Kisah keluarga ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook menerusi satu posting yang dimuat naik olehnya. Sedihnya!

Ambik upah cabut rumput pakai tangan?

Kata pemilik posting tersebut, ketua keluarga yang dikenali sebagai Mohd Khairi ini mengambil upah mencabut rumput dengan menggunakan tangan bagi mencari rezeki yang halal buat keluarganya. Difahamkan, lelaki ini hanya mengambil upah sebanyak RM50 bagi setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya.

Ini yang diakui sendiri 0leh isterinya Siti Meriam Muhamad 30, mereka dan 4 anak-anaknya terpaksa mengikat perut dan ada kalanya hanya makan nasi goreng kosong kerana keputusan duit untuk beli makanan. Dia pernah cuba bantu suaminya dengan berniaga online tapi sayang tak berpanjangan kerana jualan yang tak menggalakan.

Berbicara lebih lanjut, keluarga yang menetap di Kampung Genting , Tumpat, Kelantan ini terkesan berikutan pandemik Covid-19 dan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut.

Suami buat macam2 kerja

Di samping itu, Mohd Khairi menceritakan dia mengambil upah untuk memanjat pokok kelapa dan membersihkan halaman rumah orang. Bagaimanapun, kerja2 tersebut tidak dapat dilakukan semasa pandemik covid-19 ini.

Dulu dia pernah bekerja ambik upah mengangkut buah kelapa dengan upah RM50 selori tapi dia terpksa berhenti kerja kerana kilang nak kurangkn pekerja kerana SPP. Demi anak-anaknya yang berumur 12,9,5 dan 9 bulan dia tahu dia perlu berusaha lebih gigih lagi walaupun masa PKP ini.

Adakalanya mereka kehabisan barangan dapur dan dia terpaksa keluar mengutip besi2 buruk dan barang2 yang boleh dikitar semula untuk dijual bagi membeli makanan untuk anak-anaknya. Anak-anak sebesar itu apalah yang mereka faham tentang kesusahan ibu bapa mereka. Mereka menyewa sebuah rumah yang sedikit usang sebanyak RM50 sebulan. Nasib mereka baik kerana ada hamba Allah yang sudi menyewakan rumah baru yang lebih selesa buat mereka sekeluarga. Cuma mereka masih perlukan bantuan pekerjaan untuk kehidupan seharian.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, Khairi tidak berpeluk tubuh dan mengharapkn bantuan semata-mata walaupun ada kalanya pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi.

Sumber: Cempaka Merah,ohbulan

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!