NI4T N4K MENINGGAL KETIKA BUAT BAIK, ISTERI REDHA SUAMI ‘PERGI’ KERANA BANTU ORANG – AL FATIHAH

Beberapa hari yang lepas, akhbar semasa ada melaporkan berkenaan sorang lelaki penghantar barang yg nekad terjun untuk membantu seorang remaja yg terjatuh ke dalam longkang berarus deras di Pasir Gudang.

Walau bagaimanapun, kedua2 mereka tidak dapat diselamatkan dan meningg4l dunia disebabkan lemas.

Penghantar barang yg dikenali sebagai Mohd Asraf, 32 itu merupakan bapa kepada 4 orang anak yg masih kecil dan seorang isteri.


Pernah niat nak meninggal berbuat baik
Dalam luahan isterinya di media sosial, wanita yang dikenali sebagai Fara Atiqah ini telah menulis dengan mengucapkan terima kasih kepada arwah suaminya sepanjang 6 tahun perkahwinan tersebut.

Dia juga akan mengingati segala pesan2 arwah yang kerap diucapkan sejak beberapa minggu lalu. Paling diingati sudah tentu niat yg pernah diberitahu isteri berkenaan keinginannya meninggal dunia ketika membantu orang lain.


Pesan anak2 supaya ikut jejak bapa
Dalam pada itu Fara Atiqah sempat menulis pesanan kepada anak-anaknya yang bakal membesar nanti supaya mengikuti jejak langkah arwah bapa mereka yang sangat ringan tulang membantu orang lain.

Dia juga menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan allahyarham dan berdoa segala urusan mereka dipermudahkan.

Halalkan makan minum arwah
Wanita itu turut meminta agar sesiapa yang mengenali suaminya dapat memaafkan kesilapannya andai ada yang terasa sepanjang mereka berkenalan.

Dia juga meminta dihalalkan segala makan dan minum arwah dan sempat mengucapkan terima kasih kepada keluarga, kenalan serta rakan-rakan arwah yang memberi sedikit kekuatan untuknya meneruskan kehidupan.

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan dapat bertabah dan bersabar dengan dugaan ini. Salam takziah.

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass), Facebook Fara Atiqah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Sebagai pemilik laman web ini.kami berhak untuk mengolah atau memadam mana-mana komen yg meninggalkan kesan buruk,komen yang berunsur spam,berunsur lucah,komen yang menganggu sensitiviti perkauman dan berunsur politik yang mengundang kemarahan hati pembaca.
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!