Isu Remaja Perempuan Gaduh Rebut Abang Angkat: ‘Pakwe’ Tampil Beri Perjelaskan Keadaan

ᴠɪᴅᴇᴏ ꜱᴇᴋᴜᴍᴘᴜʟᴀɴ ʀᴇᴍᴀᴊᴀ ᴘᴇʀᴇᴍᴘᴜᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ ʀᴀᴋᴀɴ ꜱᴇʙᴀʏᴀ ᴅɪ ꜱᴀᴛᴜ ᴋᴀᴡᴀꜱᴀɴ ᴘᴇʀᴜᴍᴀʜᴀɴ ᴛᴇʟᴀʜ ᴛᴜʟᴀʀ ꜱᴇᴊᴀᴋ ꜱᴇᴍᴀʟᴀᴍ ꜱᴇʟᴇᴘᴀꜱ ʀᴀᴋᴀᴍᴀɴ ᴛᴇʀꜱᴇʙᴜᴛ ᴅɪᴍᴜᴀᴛ ɴᴀɪᴋ ᴏʟᴇʜ ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀ ᴛᴡɪᴛᴛᴇʀ ᴅɪᴋᴇɴᴀʟɪ ꜱᴇʙᴀɢᴀɪ @4ꜱʜʀꜰ.

Perkongsian yang berdurasi 2 minit 20 saat itu telah mendapat perhatian ramai kerana masing-masing berasa geram melihat tindakan remaja-remaja masa kini yang tidak segan menunjukan kesilapan di media sosial.

Pergaduhan juga dipercayai berpunca daripada masalah ‘jantan’ sehingga ada yang mengalami kecederaan dan laporan polis juga telah dibuat.

Tolong la mak bapak pantau anak ,ini baru 15 tahun pergh ! Ini confirm gaduh sebab rebut jantan haihh apa nak jadi la budak zaman sekarang , macam takde akhlak! pic.twitter.com/vuzDkOdTHg

— Double S 🩸 (@4rshrf) June 27, 2021
Pakwe pun bersuara
Oleh hal yang demikian, nama salah seorang teman lelaki kepada gengster-gengster cilik itu ‘dipetik’ sehingga ramai yang tertanya-tanya akan wajahnya.

Jadi, dalam ruangan komen di Twitter @4shrf, remaja lelaki berkenaan menafikan yang dia terlibat dalam perbalahan tersebut. Hal ini susulan wajahnya viral dikatakan sebagai ‘abang angkat’ yang direbutkan oleh mereka.

Pakwe kata diorang gaduh sebab abang angkat
Menurut remaja lelaki itu, cerita sebenarnya mereka bergaduh kerana rebutkan ‘abang angkat’ dan dia bukanlah individu tersebut seperti yang ditularkan sebelum ini.

Dia berasa kesal kerana wajahnya yang ‘wanted’ sedangkan dia tidak ada kena-mengena dalam hal tersebut.

Polis sedang buat siasatan
Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan pihak polis, remaja-remaja perempuan itu dipercayai bergaduh kerana masalah fitnah-menfitnah sehingga membuatkan ada diantara mereka meradang.

Jadi, mereka bertindak memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital.

Stop popular kan mereka!
Selain daripada itu, warganet juga meminta orang ramai supaya tindak terus menularkan laman sosial remaja-remaja perempuan tersebut kerana cara berkenaan hanya membuatkan mereka dikenali.

Hal ini disebabkan jumlah pengikut salah seorang daripada mereka meningkat dengan mendadak sekali sehingga puluhan ribu followers dalam masa sehari sahaja.

Terdahulu, video sekumpulan remaja memukul seorang lagi remaja perempuan yang lain telah tular. Setakat ini, sebanyak lebih daripada 48,000 tanda suka dengan hampir dua juta tontonan di Twitter sejak ia dimuat naik kira-kira dua hari lalu.

Pihak berkuasa sudahpun membuat siasatan selepas menerima laporan berkenaan perbalahan tersebut.

Sumber: Twitter @4shrf, Twitter @yeonrii

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!