“Kor4ng Duk Meng@ta Aku, Teng0k An@k Aku Pandai” – Kak KM Gembira Anak Terima Tawaran Belajar UM

ᴜꜱᴀʜᴀᴡᴀɴ ꜱᴇɴꜱᴀꜱɪ ʟɪᴀɴᴀ ʀᴏꜱʟɪ ᴀᴛᴀᴜ ʟᴇʙɪʜ ᴍᴇꜱʀᴀ ᴅɪꜱᴀᴘᴀ ᴋᴀᴋ ᴋᴍ ᴍᴇʟᴜᴀʜᴋᴀɴ ʀᴀꜱᴀ ꜱʏᴜᴋᴜʀ ᴀᴘᴀʙɪʟᴀ ᴀɴᴀᴋ ᴘᴇʀᴇᴍᴘᴜᴀɴɴʏᴀ ᴍᴇɴᴇʀɪᴍᴀ ᴛᴀᴡᴀʀᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴʏᴀᴍʙᴜɴɢ ᴘᴇɴɢᴀᴊɪᴀɴ ᴘᴇʀɪɴɢᴋᴀᴛ ᴅɪᴘʟᴏᴍᴀ ᴅɪ ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ᴍᴀʟᴀʏᴀ (ᴜᴍ).

“Alhamdulillah syukur terima kasih Ya Allah. Tahniah anak mama @nabilamalu. Universiti Malaya anakku. Hanya Allah je tahu apa rasa perasaan ni bangganya, rasa berbaloi, hilang penat lelah ni.

“Anak mama memang pandai sejak kecil lagi. 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat best student kat sekolah. Ya Allah happynyaaa,” tulis Kak KM di ruangan kapsyen.

Melihat daripada perkongsian itu lagi, anaknya Nabila Razman memperoleh tawaran bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan bertempat di UMCCed, UM, Kuala Lumpur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan tahniah pada Kak KM sekeluarga dan mendoakan agar pengajian Nabila berjaya.

“Bukan senang nak masuk UM. Tahniah Kak KM,” ujar seorang wargamaya.

“Congrats Nabila. Hiraukan apa orang cakap. Suka tengok Kak KM satu family,” komen seorang wargamaya.

“Tahniah Nabila. Belajar elok elok dear, zaman Covid ni lagi mencabar,” pesan seorang wargamaya.

“Alhamdulillah tahniah Bella. Terus maju untuk buktikan depat orang yang mengata tu habuk pun takdak,” kata seorang wargamaya.

“Dah la cantik, pandai pulak tu. Tahniah Bella,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

sumber: https://gempak.com/,

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!