Pertuk4ran Nama Bapa Pada Dokumen Pengenalan Diri Dibenarkan – JPN

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2021 – β„™π•–π•žπ•“π•–π•₯π•¦π•π•’π•Ÿ π•žπ•’π•œπ•π•¦π•žπ•’π•₯ π••π•’π•π•’π•ž π••π• π•œπ•¦π•žπ•–π•Ÿ π•œπ•–π•π•’π•™π•šπ•£π•’π•Ÿ π•€π•’π•žπ•’ 𝕒𝕕𝕒 π••π•’π•π•’π•ž π•€π•šπ•›π•šπ• 𝕒π•₯𝕒𝕦 π•œπ•’π•• π•‘π•–π•Ÿπ•˜π•–π•Ÿπ•’π•π•’π•Ÿ 𝕓𝕠𝕝𝕖𝕙 π••π•šπ•žπ• π•™π• π•Ÿ π•€π•–π•œπ•šπ•£π•’π•Ÿπ•ͺ𝕒 π•₯𝕖𝕣𝕕𝕒𝕑𝕒π•₯ π•žπ•’π•œπ•π•¦π•žπ•’π•₯ π•₯π•šπ••π•’π•œ π•₯𝕖𝕑𝕒π•₯ 𝕒π•₯𝕒𝕦 π•žπ•–π•£π•’π•˜π•¦π•œπ•’π•Ÿ

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pemohon yang ingin melakukan pembetulan sama ada nama atau tarikh dan tempat kelahiran perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan berlaku kesilapan fakta dalam pendaftaran sebelum ini untuk dipertimbangkan oleh jabatan itu.

Bagaimanapun, menurut JPN sebarang perubahan maklumat dalam dokumen pengenalan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pemohon antaranya dalam urusan perbankan, pendidikan dan kesihatan.

β€œJPN hanya mengendalikan isu yang di bawah bidang kuasa JPN sahaja seperti sijil lahir dan kad pengenalan.

β€œNamun, sekiranya pihak berkaitan memerlukan pengesahan berkenaan maklumat dokumen pengenalan diri subjek, JPN sedia memberikan kerjasama,” maklum jabatan itu dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

JPN mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas laporan Bernama pada Ahad lepas tentang tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, β€˜kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.

Berikutan itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dipetik berkata kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung.

Ia bagi memastikan supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.

Menurut JPN, jabatan itu sebelum ini banyak menerima permohonan untuk pembetulan melibatkan pelbagai maklumat pada dokumen pengenalan diri termasuklah penukaran bin atau binti (nasab) namun tiada statistik khusus berkenaan hal tersebut.

β€” BERNAMA

About admin

Check Also

β€œAku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!