Video mak4n duri4n ramai2 tular, netizen dakwa MP Batu Pahat turut terlibat?

ᴜᴍᴜᴍ ᴛᴀʜᴜ ʙᴀʜᴀᴡᴀ ᴘᴇʀɪɴᴛᴀʜ ᴋᴀᴡᴀʟᴀɴ ᴘᴇʀɢᴇʀᴀᴋᴀɴ (ᴘᴋᴘ) ᴍᴀꜱɪʜ ʙᴇʀᴋᴜᴀᴛᴋᴜᴀꜱᴀ ᴅɪ ꜱᴇʟᴜʀᴜʜ ɴᴇɢᴀʀᴀ ᴋɪᴛᴀ. ᴀɴᴛᴀʀᴀ ꜱᴏᴘ ᴜᴛᴀᴍᴀ ʏᴀɴɢ ᴘᴇʀʟᴜ ᴅɪᴘᴀᴛᴜʜɪ ᴏʟᴇʜ ʀᴀᴋʏᴀᴛ ᴀᴅᴀʟᴀʜ ᴋᴇᴡᴀᴊɪᴘᴀɴ ᴍᴇᴍᴀᴋᴀɪ ᴘᴇʟɪᴛᴜᴘ ᴍᴜᴋᴀ ᴅᴀɴ ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀᴋᴀɴ ꜱᴏꜱɪᴀʟ 1 ᴍᴇᴛᴇʀ.

Bagaimanapun, ada ramai individu yang ‘degil’ dan melanggar SOP sesuka hati mereka. Begitulah seperti sebuah video tular memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul menjamah durian beramai-ramai, baru-baru ini.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila netizen yang memuatnaik video tersebut di Twitter mendakwa MP Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat turut terlibat sewaktu ‘sesi makan durian’ tersebut.

MP pun seronok berkumpul makan durian ramai2?

“Seronok nampak MP Batu Pahat merangkap Timbalan Speaker merangkap pengkhianat berkumpul ramai-ramai makan durian?” tulis netizen itu.
Bukan setakat melanggar SOP dengan berkumpul beramai-ramai sahaja, malah kesemuanya dilihat tidak memakai pelitup muka dalam video berkenaan.

Netizen tidak puas hati
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan semua individu yang dirakam dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang memerli para pemerintah yang disifatkan tidak mempedulikan perasaan rakyat yang seakan dikurung dalam ‘kawad berduri’ di waktu PKP ini, sedangkan mereka seronok bersuka ria tidak patuh SOP.

Nanti kena buka kertas siasatan juga lah kan?

Rakyat dikurung dalam kawad berduri

Majoriti tak pakai mask, takde jarak

Tak nak saman ke PDRM?

Bukan video lama, buktinya jersi Liverpool ‘season’ baru

Bagaimanapun, adalah tidak dapat dipastikan bila kejadian tersebut berlaku. Marilah kita nantikan jawapan daripada pihak yang terlibat, jika ada.

Tonton video penuh:

Sumber: Twitter @LagaCawan,ohmymedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!