“Alhamdulillah, semua sihat..” – Maryam Duriankimchi dedah jantina bayi

Selebriti laman sosial, Maryam You Narae atau Maryam yang kini sedang hamil 6 bulan mendedahkan dirinya bakal menimang cahaya mata perempuan.

Berita gembira itu dik0ngsi menerusi sebuah vide0 di saluran YouTube dan juga laman Instagram dia dan suaminya Ryzal Ibrahim iaitu Duriankimchi selain menunjukkan foto imbasan bayi dalam kandungan.

Menerusi video berkenaan, wanita berusia 29 tahun itu baru pulang daripada melakukan pemeriksaan doktor dan meluahkan rasa syukur apabila bayi dalam kandungan tidak mempunyai sebarang masalah.

“Doktor sudah periksa semua bahagian bayi dan semuanya sihat. Kaki juga panjang, bagus tak pendek. Alhamdulillah,” katanya dalam nada bergurau.
Meninjau ke ruangan komen, peminat dan pengikut pasangan tersebut tumpang gembira dan menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Gembira tengok Maryam sekarang!

Alhamdulillah.. moga jadi bakal ibu yang baik

Tak sabar nak tengok ‘baby’

Bulan lalu, Maryam yang juga warga Korea Selatan ‘berperang’ dengan emosi apabila terpalit dengan kontroversi dilakukan suaminya yang mempersendakan pakaian tradisi kaum Iban.

Segelintir netizen yang terlalu marah bertindak mencaci hamun bayi dalam kandungan sehingga wanita itu terpaksa merehatkan diri daripada media sosial buat seketika.

Tonton video penuh:

Sumber: Instagram Duriankimchi , YouTube Duriankimchi TV,ohmymedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Cepatnya kau pergi..” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta

Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki t4npa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!