Kemudahan i-Citra, Inisiatif KWSP Untuk Ahli Terjejas. Ini Cara Nak Mohon!

ʙᴀʀᴜ-ʙᴀʀᴜ ɴɪ, ᴘᴇʀᴅᴀɴᴀ ᴍᴇɴᴛᴇʀɪ ᴋɪᴛᴀ ᴛᴇʟᴀʜ ᴘᴜɴ ᴍᴇɴɢᴜᴍᴜᴍᴋᴀɴ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ᴘᴇɴɢᴇʟᴜᴀʀᴀɴ ɪ-ᴄɪᴛʀᴀ ʙᴜᴀᴛ ʀᴀᴋʏᴀᴛ ᴍᴀʟᴀʏꜱɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴊᴇᴊᴀꜱ ᴀᴋɪʙᴀᴛ ᴘᴀɴᴅᴇᴍɪᴋ.ꜱᴇʙᴀɢᴀɪ ᴍᴇɴʏᴏᴋᴏɴɢ ɪɴɪꜱɪᴀᴛɪꜰ ᴋᴇʀᴀᴊᴀᴀɴ, ᴋᴜᴍᴘᴜʟᴀɴ ᴡᴀɴɢ ꜱɪᴍᴘᴀɴᴀɴ ᴘᴇᴋᴇʀᴊᴀ (ᴋᴡꜱᴘ) ᴛᴇʟᴀʜ ᴍᴇᴍᴘᴇʀᴋᴇɴᴀʟᴋᴀɴ ᴋᴇᴍᴜᴅᴀʜᴀɴ ᴘᴇɴɢᴇʟᴜᴀʀᴀɴ ɪ-ᴄɪᴛʀᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪ ᴋᴇᴍᴜᴅᴀʜᴀɴ ᴋᴇᴡᴀɴɢᴀɴ ᴛᴀᴍʙᴀʜᴀɴ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴀʜʟɪ ᴋᴡꜱᴘ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴋᴇꜱᴀɴ, ᴛᴇʀᴜᴛᴀᴍᴀɴʏᴀ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴛᴇᴍᴘᴏʜ ᴘᴇʀɪɴᴛᴀʜ ᴋᴀᴡᴀʟᴀɴ ᴘᴇʀɢᴇʀᴀᴋᴀɴ (ᴘᴋᴘ) ɪɴɪ.ᴍᴇꜱᴛɪ ʀᴀᴍᴀɪ ʏᴀɴɢ ᴍᴀꜱɪʜ ᴛᴇʀᴛᴀɴʏᴀ-ᴛᴀɴʏᴀ ᴅᴀɴ ɴᴀᴋ ᴛᴀʜᴜ ʟᴇʙɪʜ ʟᴀɢɪ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ɪ-ᴄɪᴛʀᴀ ɴɪ ᴋᴀɴ? ʜᴀᴀ..ᴊᴏᴍ ᴋᴀᴍɪ ᴋᴏɴɢꜱɪᴋᴀɴ!ʙᴀʏᴀʀᴀɴ ꜱᴇʙᴀɴʏᴀᴋ ʀᴍ1,000 ꜱᴇʙᴜʟᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴛᴇᴍᴘᴏʜ ꜱᴇʜɪɴɢɢᴀ 5 ʙᴜʟᴀɴ

Macam mana nak mohon i-Citra?
Ahli boleh memohon melalui portal i-Citra Online di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 ini.

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Ahli juga boleh mengeluarkan pengeluaran sehingga RM5,000. Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam Akaun 2 dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Siapa yang layak mohon i-Citra?
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap

Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
Berapa amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga RM5,000

Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
Bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50
Bayaran minimum adalah RM50

Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
i-Citra sebagai inisiatif di masa sukar
Menurut KWSP, i-Citra telah diperkenalkan sebagai usaha dan salah satu cara terbaik untuk memastikan ahli yang terjejas dapat meneruskan kelangsungan hidup. Walaupun KWSP komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, namun keperluan semasa dengan simpanan masa depan perlu seimbang.

KWSP juga turut ingin menasihati ahli untuk berhati-hati dan berfikir panjang dengan perbelanjaan mereka. Ini kerana, menurut Dato’ Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif Employees Provident Fund (EPF) dalam temu bual bersama The Edge, ramai ahli telah mengosongkan akaun mereka dengan kira-kira 6.3 juta orang mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

Ini adalah sangat membimbangkan, di mana 42% daripada jumlah keahlian EPF mempunyai kurang dari RM10,000.

“Jika anda melihat Akaun 2, jumlah yang diperuntukkan di mana ahli dapat mengakses dalam keadaan tertentu, 9.3 juta orang mempunyai kurang dari RM10,000. Jadi, mereka telah menggunakan dana kecemasan mereka. Dari perspektif KWSP, adalah penting untuk membawa ahli kembali fokus pada dana persaraan mereka di masa depan”, tambahnya lagi.

Jadi, dalam keadaan genting ni, pastikan korang rancang dengan teliti segala perbelanjaan dan pentingkan keutamaan sebelum memutuskan untuk membuat pengeluaran.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang i-Citra, korang boleh layari laman web rasmi KWSP ataupun hubungi Hotline i-Citra di talian 03-89224848.

SUMBER;OHBULAN

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!