”Itu video lama. Saya ingat video itu tahun lepas sebelum PKP”, Tapi Netizen dedah tudung dipakai akak ini baru dilancarkan

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menghadiri ‘kenduri durian’ di sebuah kebun sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Memetik laporan BH Online, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menjelaskan, rakaman video berdurasi 13 saat adalah rakaman lama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Itu video lama. Saya ingat itu (video) tahun lepas sebelum PKP,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, seorang warganet tampil membidas kenyataan tersebut dengan mengemukan ‘bukti’ tersendiri sehingga menarik perhatian pengguna laman Twitter.

Warganet terbabit @thesyafizasyhrn mendakwa tudung dipakai salah seorang wanita dalam video itu adalah koleksi raya yang baru dilancarkan dua bulan lalu.

@thesyafizasyhrn memberikan komen tersebut pada ciapan sebuah portal yang melaporkan mengenai dakwaan Mohd Rashid melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan.

“Bohong. Dalam video tu ada sorang akak ni pakai tudung koleksi raya tahun ni punya, baru release dalam 2 bulan lepas.
“Tetiba cakap video ni tahun lepas punya? Nak menipu tapi tak pandai,” dakwa @thesyafizasyhrn yang juga agen koleksi tudung berkenaan.
Rata-rata netizen kagum dengan ‘siasatan’ dilakukan oleh warganet tersebut dengan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Jersi salah seorang brader tu pakai pun versi baru?

Bila netizen siasat, habis semua sudut…

Akak datang dari masa depan ke?

Perempuan kalau siasat, memang hebat!

Selain itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, Mohd Rashid dan pihak terbabit dalam video tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya.

Sumber: BH Online (Essa Abu Yamin) , Twitter @LagaCawan & @thesyafizasyhrn,ohmymedia

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!