[Video] Sempat Letak Puting Tepi, Bayi 18 Bulan Belanja Skill Main Gitar, Siap “Tunning” Sendiri Macam Pro

Bakat anak-anak sememangnya perlu ‘diteroka’ dan diasah sejak dari usia kecil lagi. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Baru-baru ini, tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang bayi yang sedang leka bermain gitar.

Dipercayai berusia 1 tahun lebih, bayi itu mengagumkan warganet di seluruh dunia kerana tingkahnya seperti seorang pemain gitar yang sudah pro walaupun masih lagi di usia yang sangat kecil.

Lebih melucukan, anak kecil itu sebenarnya masih lagi menghisap puting. Untuk mengekalkan gayanya yang ‘cool’, dia menyerahkan puting tersebut kepada bapanya dan terus memetik gitar.

Pandai tuning gitar
Dia juga dilihat mahir membetulkan tune gitar tersebut tanpa bantuan orang lain.

Tidak cuma itu, bayi itu juga ‘menyanyi’ mengikut rentak gitar tersebut.

Nampaknya, bakat yang diasah sejak dirinya kecil ini mungkin akan membawanya menjadi seorang pemain gitar atau pemuzik profesional di masa hadapan.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 860 ribu tontonan dan 17 ribu perkongsian di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji bakar yang ada pada bayi itu yang sudah pandai mengendalikan gitar.

Video berkenaan dipercayai dirakan kira-kira 8 tahun lepas, namun menjadi viral semula baru-baru ini.


Sumber: Joe Bonamassa,siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!