[VIDEO] Wow… Makcik, makcik ada kad OKU, makcik boleh buat apa sahaja yang makcik mahu.. orang setelah lawan arus dan halang lalu lintas

VIDEO

KAJANG – Bengang ditegur kerana memandu di jalan sehala, seorang wanita warga emas yang juga golongan orang kelainan upaya (OKU) bertindak mengacukan tongkat yang diikat dengan sabit ke arah seorang lelaki, semalam.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 46 saat tular di laman sosial memaparkan warga emas itu memandu di jalan sehala menyebabkan dua kenderaan lain tidak dapat melalui jalan berkenaan.

Pemandu kereta cuba menegur warga emas tersebut namun dia enggan beralah, sebaliknya telah menunjukkan tongkat yang diikat dengan sabit ke arah individu itu dan turut mengaku sebagai pemegang kad OKU.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis telah menerima laporan kejadian itu daripada mangsa yang mengaku telah berselisih faham dengan warga emas terbabit di Blok A3, Jalan Bukit Segar 1, Taman Bukit Segar, Cheras, dekat sini kelmarin.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana mangsa telah menegur suspek (warga emas) yang memandu di jalan sehala menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan yang lain di kawasan tersebut.

“Suspek telah menunjukkan kad OKU sambil mengangkat tongkat yang diikat dengan sabit serta cuba memukul ke arah mangsa, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek yang berusia 66 tahun itu telah ditahan hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 0197691924/03-89114222. – K! ONLINE

Warga emas OKU ugut pemandu dengan sabit
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
2 Julai 2021, 6:59 pm

SUMBER : AB Yong

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!