Durian Black Thorn/Duri Hitam RM400 J4di Rebutan Ahli Perniagaan,,,

BALIK PULAU: Adakah anda sanggup berbelanja sehingga RM400 hanya untuk sebiji durian Black Thorn atau lebih popular dikenali sebagai duri hitam atau ‘ochee’ yang beratnya tiga kilogram (kg) lebih?

Namun, harga bagi durian Gred A yang boleh disifatkan bertaraf kayangan tersebut langsung tidak menggerunkan peminat tegarnya yang sanggup menghabiskan duit semata-mata mahu menikmati buah bermusim dari daerah Barat Daya di sini itu.

Berkongsi perkara tersebut, peniaga durian di Batu Maung, Nicholas Chang, 44, berkata, pelanggan terutama ahli perniagaan dan pengurus syarikat sanggup membeli buah durian jenis duri hitam itu dengan harga mencecah RM100 sekilogram ketika ini.

Ceritanya, buah gred A dari pokok berusia lebih 10 tahun itu dikatakan lebih berkualiti dan bernilai harganya buat para pekebun di Balik Pulau.

“Harga durian duri hitam kini antara yang termahal dijual iaitu RM100 sekilogram berbanding Tupai King berharga RM90 sekilogram.

“Pengeluaran buah itu yang kurang tahun ini disebabkan faktor cuaca menjadikan harga jualannya tinggi ekoran mendapat permintaan luas dari China setiap tahun.

DURIAN duri hitam dari dusun di Balik Pulau, Pulau Pinang ketika ini antara yang termahal iaitu dijual pada harga RM800 hanya untuk dua biji namun tetap diburu pelanggan khususnya ahli perniagaan.

“Selain itu, duri hitam kini menjadi pujaan dalam kalangan pelanggan di Kuala Lumpur terutama ahli perniagaan. Saya pernah membawa kira-kira 10 hingga 15 biji duri hitam dengan berat lebih tiga kilogram sebiji ke Kuala Lumpur dan habis dijual sekelip mata,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalalm.

Bagaimanapun jelasnya, di Pulau Pinang, durian duri hitam kali ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan peminatnya disebabkan ramai yang mula memilih akan kenikmatan durian Tupai King.

“Bulan ini, permintaan terhadap durian duri hitam berkurangan iaitu dijual antara dua hingga tiga biji sehari berbanding bulan lalu boleh dipasarkan sehingga enam biji sehari.

“Rasa durian Tupai King yang pahit, manis dan lemak berjaya menarik pilihan pelanggan ketika ini sehinggakan buah itu yang belum luruh dari pokok pun sudah ada tempahan daripada pelanggan,” ujarnya.

Tambahnya, selain durian duri hitam dan Tupai King, durian jenis Ah Heng dan Hor Lor juga antara yang menjadi pilihan pelanggan namun harganya sedikit murah.

Sementara itu, pemilik kebun Black Thorn di Titi Serong, Balik Pulau, Tan Chee Keat, 30, pula memberitahu, sebanyak 1,500 batang pokok buah itu yang ditanam di kawasan puncak bukit berkeluasan 20 hektar sudah mengeluarkan hasilnya pada pertengahan bulan lalu.

“Setakat ini, hanya lima peratus buah itu sudah dipasarkan di negara ini dan selebihnya dijadual akan dieksport ke China dan Hong Kong akhir bulan ini.

“Sehingga kini juga lebih 15 tan durian duri hitam telah ditempah pelanggan dari dua negara berkenaan manakala di negara ini, tempahan dibuka dan dijual kepada pemborong atau peraih pada harga RM78 sekilogram,” tambahnya. –

SUMBER:UTUSAN ONLINE

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Lelaki ditangkap curi susu bayi RM294, netizen kasihan mahu tolong bayarkan

Di kala musim pandemik yang dilihat belum berkesudahan ini, orang ramai terutama g0longan kurang kemampuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!