[Video] Provok4si melampau, 18 pekebun durian Musang King ditahan….

PETALING JAYA: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menahan 18 orang disyaki pekebun haram durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang, semalam.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan keadaan provokasi pekebun haram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, anggota jabatan tersebut juga dihalang daripada menjalankan tugas.

“Oleh itu, beberapa laporan polis dan rakaman video diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

“Untuk hari ini (semalam) sahaja, jabatan menahan seramai 18 orang yang disyaki pekebun haram kerana telah memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran dan membuat provokasi melampau kepada anggota,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, klip video menggunakan tajuk ‘Penceroboh Tanah Haram’ yang mendakwa pekebun menengking dan mencaci petugas menjalankan operasi memusnahkan tanaman di atas tanah Hutan Simpan Kerajaan Negeri Pahang di Raub, tular dalam media sosial.

Video

Kenyataan itu memaklumkan, kesemua 18 pekebun itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk mendapatkan tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara.

“Pegawai penyiasat jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun haram ini dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” tegasnya.

Operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam itu bermula kelmarin sehingga 2 Ogos ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil.

Tambah kenyataan itu, operasi berkenaan bertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang ditanam secara haram di samping anggota operasi akan membuat tangkapan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kedalam kawasan HSK tanpa kebenaran.

“Barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan ke dalam kawasan HSK juga akan disita,” katanya. –

SUMBER:UTUSAN ONLINE,Tengku Amir

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!