Tet4mu Dipaksa Basuh Pinggan Sendiri Di Majlis Kahwin Kerana Bajet Tak Cukup Nak Upah Pekerja

Majlis perkahwinan lazimnya dipenuhi dengan detik yang menggembirakan, namun begitu kadang-kala ada juga majlis yang tidak berjalan seperti yang dirancang terutama sekali jika ianya melibatkan bajet.

Seorang pengguna laman sosial Reddit ini telah berkongsikan pengalamannya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan di sebuah tempat yang ‘cantik dan mewah’.

Dia kemudiannya menyedari bahawa pasangan pengantin tersebut terpaksa mengikat bajet bagi mengurangkan kos majlis tersebut.

Wanita itu terkejut apabila mendapati bahawa dia dan sembilan tetamu yang lain ditugaskan untuk mencuci kesemua pinggan kotor kerana pasangan pengantin itu tidak mengupah pekerja untuk melakukan kerja itu.

Dia menulis: “Pengantin lelaki dan wanita itu telah menggunakan sebahagian besar belanja perkahwinan mereka di tempat tersebut serta gaun pengantin perempuan itu, jadi mereka memutuskan untuk mencari tukang cuci sendiri.

“Apa-apa sahajalah. Jamuan makan malam berakhir, kami pun memulakan majlis resepsi, ketika pengapit pengantin mendatangi dan meminta beberapa dari kami untuk menemaninya ke dapur. Kami pun pergi. Tidak ada penghawa dingin di dapur. Dia kemudiannya menunjukkan timbunan pinggan dan cawan dan telah memberitahu kepada kami bahawa kami perlu mencucinya.

“Rupa-rupanya salah sebahagian daripada perjanjian dengan katering itu adalah, jika mereka tidak mengembalikan pinggan dan cawan tersebut dalam keadaan bersih, mereka akan kehilangan duit deposit mereka. Oleh kerana mereka tidak mengupah sesiapa, maki saya dan 9 orang lagi tetamulah yang perlu mencucinya,” katanya.


Lebih buruk lagi, pasangan tersebut juga gagal untuk menyediakan makanan yang cukup untuk semua tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Wanita itu menambah: “Makanan nampak sedap, saya sempat isi pinggan saya dan duduk. Teman lelaki yang kini merupakan suami saya telah pergi ke tandas terlebih dahulu pada ketika itu.

“Hanya ada beberapa tandas sahaja yang tersedia untuk kegunaan tetamu di tempat itu, jadi dia perlu berbaris di situ untuk menggunakan tandas. Tidak lama kemudian, dia telah kembali ke meja dengan pinggan yang kosong. Ketika saya tanya mengapa pinggannya kosong, di menjawab bahawa makanan sudah habis.

“Saya pun pergi cari ibu pengantin perempuan dan berbisik menyuruhnya memberitahu kepada pihak katerer supaya menambah makanan. Dia memberikan ekspresi muka yang pelik dan menyatakan bahawa makanan sudah tiada. Apa yang ada di meja bufet itu sahajalah yang ada,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, pasangan tersebut telah dilaporkan bercerai “tiga tahun kemudiannya”.

Perkongsian di Reddit itu berjaya mengumpul pelbagai komen, ramai warganet yang mencadangkan bahawa wanita tersebut sepatutnya menolak untuk mencuci pinggan dan cawan berkenaan.

“Saya akan menolak dan terus beredar daripada situ.” Tulis seorang warganet.

Sementara itu yang lain menyindir: “Saya mungkin akan menumbuk pasangan tersebut.”

Sumber: Mirror,siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!