Gadis L4ri Pecut Malu Bila Sedar Tersalah Kereta Pecut 100m Menahan Malu, “Mau Merah Muka…”

Rasanya mesti ada yang pernah mengalami pengalaman tersalah kereta ketika di tempat parking kan? Lagi-lagi kalau kereta tersebut mempunyai model dan warna yang sama dengan anda.

Sama macam yang dikongsikan gadis ini apabila seorang rakannya melalui pengalaman memalukan itu. Gelagat gadis tersebut yang tersalah kereta itu turut tular dikongsikan dengan hampir sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat baru saja keluar dari kedai dan menghampiri kereta berwarna biru itu. Untuk makluman, kereta itu mempunyai warna dan model yang sama dengan kereta rakannya yang sedang menunggu itu.

Sebaik saja dia tiba di sebelah pintu kereta itu, dia dilihat menunggu rakannya itu membuka kereta. Namun apabila dia menjenguk di dalam kereta, barulah dia tersedar itu bukanlah kereta rakannya.

Gadis itu kemudian terus berlari ke arah kereta rakannya yang sedang merakamkan gelagatnya itu. Dia juga dilihat sempat meminta maaf kepada wanita yang berada di dalam kereta itu sebelum lari ke arah kereta yang betul.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat gadis ini. Malah ada juga yang berseloroh rakannya masih sempat lagi merakamkan gelagat gadis itu yang pastinya malu dengan apa yang berlaku.

“Mau merah muka kawan…”

“Pernah terjadi dekat aku jugak… malu gila.”

“Orang yang rekod pun tahan gelak…”

“Confident tu penting bila main buka je pintu kereta…”

SUMBER: HCL

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!