Kudung Kedua-Dua T4ngan & Sebelah Kaki, Gadis Ini Tetap Yakin Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui seorang wanita ini yang sanggup berusaha sehingga mengecapi kejayaan meskipun dirinya tidak ‘sempurna’ seperti orang lain. Bahkan, dia langsung tidak menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya itu sebagai satu penghalang untuk berjaya.

Tiada dua belah tangan

Wanita yang dikenali dengan nama Victoria Salcedo berasal dari Guayaquil, Ecuador ini merupakan salah seorang finalis pertandingan Miss Ecuador 2021. Bercerita tentang latar belakang Victoria, wanita ini pernah berdepan tragedi ngeri iaitu terkena renjatan elektrik ketika dia berusia lima tahun.

Insiden tersebut membuatkan Victoria kehilangan kedua belah tangan dan sebelah kakinya. Sejak daripada itu, kehidupannya berubah 100% dan dia tidak mampu hidup seperti gadis normal tetapi ianya langsung tidak mematahkan semangat Victoria untuk terus maju. Victoria merupakan seorang pelajar kewartawanan dan dalam masa yang sama dia juga aktif dalam aktiviti renang. Meskipun berstatus orang kelainan upaya tetapi wanita ini tetap bangkit demi mencapai impiannya.

Wanita berpengaruh di media sosial


Wanita berusia 23 tahun ini bukan sahaja berpengaruh di media sosial malah dia turut dikenali sebagai simbol inspirasi buat semua wanita di luar sana. Victoria sering menyampaikan mesej positif, kata-kata semangat dan memberi kesedaran tentang ‘kehilangan upaya’ menerusi platform di media sosialnya.

Menurut sumber, Victoria telah melebarkan sayapnya sehingga pernah dinobatkan sebagai Ratu Loja dan National Angel pada tahun 2018. Kini, dia sekali lagi meningkatkan keyakinannya dengan menyertai Miss Ecuador 2021. Pemenang akan mewakili negara mereka ke pertandingan Miss Universe 2021 yang dijangka akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Sumber: Pageone,ohbulan

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

“Aku tahu budak stress, aku faham” – Fynn Jamal Terkilan Orang Ramai Berkerumun Di Air Terjun Lepas Dapat Kelonggaran

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!